Euforia Bola 2026
Nur

Misi Kayuhan Ke Tanah Suci, Pelakon Amar Baharin & Qobin Hampir Tiba Di Madinah…

amar baharin

Dengan semangat yang membara, pelakon Amar Baharin dan Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin memilih jalan luar biasa menuju Tanah Suci iaitu dengan berbasikal.

Menempuh ribuan kilometer merentasi pelbagai negara dan cabaran, perjalanan ini bukan sekadar fizikal, tetapi juga rohani yang membuktikan cinta kepada Allah SWT sehingga mampu menggerakkan hati melakukan perkara ini.

Baca juga: Bercakap Bohong Sebab Nak Tutup Aib Sendiri, Ini Hukum Sebenar Dalam Islam

AMAR BAHARIN & QOBIN BAKAL TIBA DI MADINAH DALAM MISI BERBASIKAL

AMAR BAHARIN

Terbaharu, kedua-dua mereka kini berada di lokasi kira-kira 400 kilometer (km) dari Madinah di mana kini telah memasuki wilayah Al Qasim di Arab Saudi kelmarin dan sedang berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan mereka ke Masjid Nabawi yang dijangka mengambil masa lebih empat jam.

Perkembangan terkini Amar dan Qobin dikongsi isteri Amar, iaitu pelakon dan pengacara, Amyra Rosli. Dia menyatakan bahawa perjalanan mereka tidak diteruskan setiap hari kerana perlu berehat berikutan cuaca panas sehingga 51 darjah selsius.

“Perjalanan mereka bukanlah senang untuk dapat hotel atau makanan. Mereka berehat antara sehari hingga dua hari selepas kayuhan dalam jarak tertentu, kemudian sambung semula. Mereka tidak terlalu tegesa-gesa sebab kalau hendak kejar masuk Makkah atau Madinah dalam waktu sekarang, orang sudah terlalu ramai. Mereka hanya kayuh ‘slow and steady’ sahaja,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, Amyra turut memaklumkan bahawa misi kayuhan Amar dan Qobin ini merupakan program di bawah #JourneyToTanahHaram dan dijangka berakhir di Madinah.

AMAR BAHARIN

Keputusan itu dibuat berikutan jemaah Haji sudah mula berada di Makkah, namun, perancangan lain akan dimaklumkan kelak.

Selain itu, misi berbasikal ini turut mendapat bantuan seperti makanan dan tempat tinggal daripada penduduk setempat.

Dalam pada itu, Amyra turut meluahkan rasa syukur apabila perjalanan suami dan Qobin setakat ini dipermudahkan, selain lega kerana masih dapat berhubung dan mengetahui keadaan Amar setiap hari.

“Mereka sudah keluar untuk misi ini kalau tak silap sudah sebulan lebih. Jadi, apabila berjauhan ini, saya tak ada rasa macam apa yang saya fikirkan sebelum ini seperti murung atau sedih. Alhamdulillah saya tahu keadannya hari-hari dan perkembangan yang dia maklumkan sebab itu paling penting bagi saya.

Untuk makluman, Amar dan Qobin yang juga merupakan pendaki pertama dari Malaysia menawan Gunung Everest, memulakan ekspedisi ini dari Perlis dan telah menempuh beberapa negara seperti Thailand dan Iran sebelum tiba di Arab Saudi.

Baca juga: Senarai Tarikh Penting Dalam Bulan Zulhijjah 2025, Jangan Ada Yang Terlepas Pandang!

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×