Dalam dunia hiburan, soal beza usia sering menjadi perhatian ramai lebih-lebih lagi apabila melibatkan pasangan selebriti terkenal.
Ada yang pada awalnya menerima pelbagai reaksi warga maya, namun akhirnya membuktikan hubungan mereka kekal bahagia dan makin sweet hingga ke hari ini.
Baca juga: Jadi Kebanggaan Malaysia & Dunia, Ini 6 Tokoh Wanita Popular Jadi Inspirasi!
5 PASANGAN SELEBRITI BEZA UMUR BESAR TAPI SWEET
Menariknya, ada antara pasangan ini mempunyai jurang usia lebih 10 hingga 20 tahun, tetapi tetap nampak serasi dan saling menyokong kerjaya masing-masing. Jom tengok 5 pasangan selebriti Malaysia yang sering jadi perhatian kerana beza umur mereka!
1. Datuk Seri Siti Nurhaliza & Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Beza 20 tahun)
Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kini berusia 47 tahun mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K yang kini berusia 67 tahun. Pasangan ini mempunyai jurang usia 20 tahun, antara yang paling besar dalam dunia hiburan tempatan.
Namun selepas hampir dua dekad bersama, pasangan ini membuktikan usia bukan penghalang dalam hubungan. Menerusi perkongsian di media sosial, mereka sering dilihat saling menyokong antara satu sama lain.
Mereka bernikah pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan sebelum mengadakan majlis resepsi besar-besaran di Kuala Lumpur Convention Centre pada 28 Ogos 2006.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa. Selain itu, Siti juga mempunyai empat anak tiri daripada perkahwinan terdahulu Datuk K.
2. Datuk Yusry Abd Halim & Datin Lisa Surihani (Beza 13 tahun)
Penyanyi, pelakon dan anggota kumpulan KRU, Yusry Abd Halim kini berusia 52 tahun, manakala aktres Lisa Surihani berusia 40 tahun. Pasangan ini mempunyai perbezaan umur 13 tahun dan sering dianggap antara pasangan selebriti paling romantis di Malaysia.
Di mana, Yusry sendiri baru-baru ini pernah berkongsi tentang perasaan rindu apabila berjauhan dengan isterinya buat pertama kali selepas bertahun-tahun berkahwin.
Yusry dan Lisa sah bergelar suami isteri pada 23 Februari 2012 dalam sebuah majlis akad nikah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), sebelum diraikan dalam resepsi mewah yang turut menjadi perhatian ramai ketika itu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.
Baca juga: Aktres Kavita Sidhu Bukti Tiada Batas Usia, Kini Terima PHD Pada Umur 54!
3. Intan Ladyana & Harris Alif (Beza 17 tahun)
Pelakon Intan Ladyana kini berusia 44 tahun, manakala penyanyi dan pengacara Harris Alif berusia 26 tahun. Jurang umur 17 tahun antara mereka pernah mencetuskan perhatian ramai ketika mula mengumumkan hubungan cinta.
Pada awal hubungan mereka, tidak kurang yang mempertikaikan soal usia, namun pasangan ini memilih untuk tidak terlalu melayan komen negatif. Sebaliknya, mereka sering berkongsi momen keluarga yang manis di media sosial.
Pasangan ini bernikah pada 5 Februari 2021 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Kuala Lumpur selepas majlis diawalkan susulan SOP pandemik ketika itu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Evie Khadeeja dan anak lelaki Harris Umayr.
4. Rozita Che Wan & Zain Saidin (Beza 11 tahun)
Kalau sebut pasangan sweet dan sentiasa nampak happening, nama Rozita Che Wan atau Che Ta berusia 53 tahun bersama Zain Saidin, 42, pasti termasuk dalam senarai.
Pasangan ini berkahwin pada tahun 2013 dengan beza usia 11 tahun, di mana Che Ta lebih berusia daripada suaminya.
Walaupun pernah menjadi perhatian kerana jurang umur tersebut, hubungan mereka tetap utuh hingga kini. Cara mereka bergurau, melayan anak-anak serta chemistry bersahaja di media sosial sering buat ramai peminat tersenyum melihat telatah pasangan ini.
Mereka sah bergelar suami isteri pada 11 Disember 2013 di Setia City Convention Centre, Shah Alam sebelum mengadakan majlis persandingan besar-besaran.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Aaisyah Dhia Rana. Che Ta juga mempunyai dua anak lelaki daripada perkahwinan terdahulu.
5. Dato’ Ramli MS & Datin Alyah Hasan (Beza 23 tahun)
Maestro muzik terkenal Datuk Ramli MS kini berusia 67 tahun, manakala penyanyi Datin Alyah Hasan berusia 45 tahun. Pasangan ini mempunyai jurang usia 23 tahun dan antara pasangan selebriti yang sering menjadi perhatian ramai.
Alyah beberapa kali pernah berkongsi sisi romantik suaminya, manakala Tok Ram pula dilihat sentiasa menjadi penyokong kuat kerjaya seni isterinya.
Mereka dilaporkan bernikah di Indonesia pada 2013. Sehingga kini, pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata bersama, namun memiliki anak angkat bernama Nur Izzara sebagai penyeri rumah tangga mereka.
Sumber: Utusan Malaysia / Wikipedia (1) (2) (3) (4) (5) / Harian Metro
FT Image: Media sosial selebriti





