Perkongsian seorang lelaki di aplikasi TikTok menjadi tular apabila video yang dimuat naik menarik tumpuan warganet. Video pendek itu memaparkan sikap isteri yang menerima pujian ramai.
Menerusi video di akaun milik Acaimanja itu, dapat dilihat dia, isteri bersama si manja berada di bawah jambatan untuk berteduh ketika hujan.
Baca juga: Kena Tendang Belakang Badan & Pinggang Di Sekolah, Ibu Kecewa Anak Trauma Kerana Dibuli!
SIKAP ISTERI INI DIPUJI NETIZEN, SANGGUP SUSAH SENANG

Mereka tidak dapat meneruskan perjalanan kerana menaiki motosikal dan terpaksa menunggu sehingga hujan benar-benar reda. Sikap isteri itu menarik perhatian warganet kerana dikatakan sanggup bersusah senang dengan suaminya.
Dapat dilihat juga bayi comel mereka sedang lena tidur di pangkuan si ibu sementara menunggu hujan berhenti. Isteri hanya tersenyum ketika berada di atas motosikal sambil suaminya merakam momen ini.
Di kapsyen video tersebut, si ayah menjelaskan bahawa dia akan sentiasa berusaha yang terbaik supaya kedua-dua insan tersayang dapat merasai keselesaan.
“Ayah akan usahakan supaya mama dengan adik dapat rasa selesa hasil titik peluh ayah sendiri. InsyaAllah. Doakan ayah ya,” luah lelaki itu.
Video sebak ini sudah pastinya dibanjiri komen warganet dan menerima 2.2 juga tontonan. Rata-rata pengguna media sosial mendoakan agar lelaki ini dikurniakan rezeki untuk memberi keselesaan kepada isteri dan anaknya.
“Semoga murah rezeki abang ini untuk bagi keselesaan kepada anak dan isteri. Kuatkan juga hati sang isteri agar dapat bersama menemani setiap langkah suaminya.
“Bila dah senang nanti, abang kena janji abaikan isteri. Sia-sia kalau buat macam itu sebab tak ramai isteri yang sanggup susah senang macam ini bang. Sikap isteri abang memang hebat dan cantik sangat,” tulis pengguna TikTok di ruangan komen.
*Diharapkan agar keinginan lelaki ini akan dimakbulkan suatu hari nanti. Semoga yang baik-baik sahaja buat anda sekeluarga.
Baca juga: “Sanggup Pergi Tandas Awam…” – Menantu Geli Rumah Mentua Kotor, Tikus Lalu Atas Badan Pun Pernah!
Sumber: TikTok Acai manja
