Baru-baru ini seorang isteri di Facebook, telah berkongsikan kisah menyentuh hati mengenai sikap suaminya yang membuatkan dia rasa terharu. Di mana, suami pencerita yang bangun awal pada pagi kejadian telah mengeluarkan ayam beku untuk dicairkan, biarpun dia sendiri tidak memintanya.
Menurut Noor Fathin Azlan, tindakan yang dianggap simple ini secara tidak langsung telah menimbulkan rasa bahagia dalam dirinya. Hal ini kerana, suaminya telah memudahkan urusan dia untuk memasak pada hari tersebut.
Baca juga: Sebelum Bawa Pasangan Jumpa Keluarga, Tanya 6 Topik Penting Ini Untuk Tahu Sekufu Ke Tidak!
RASA TERHARU & BAHAGIA SUAMI BUAT PERKARA ‘SIMPLE’

Gambar: Noor Fathin Azlan
Siapa macam saya?
Apa saja yang suami atau anak-anak buat yang boleh meruntun hati mesti nak cecepat snap gambar hehehe. Nak simpan memori dan kebaikan ini kemas-kemas dalam ingatan, takut lupa. Maklumlah lepas bersalin ini, jadi mudah lupa.
Alkisahnya dua hari lepas nak celebrate birthday anak Siti Aisyah. Ikut pada plan, pukul 8.30 pagi dah kena start masak. Tapi sebab terlalu penat hari sebelumnya seharian pergi bercuti di Melaka, jadi terpaksa bangun lewat sedikit.
Suami bangun lebih awal. Perkara pertama dia buat, dia keluarkan ayam dulu dari peti sejuk sebab dia tahu ayam ini ambil masa nak defrost. Entahlah, mungkin saya ini seorang yang mudah terharu, selain mudah terhibur dan mudah menangis.
Baca juga: Dr. Cuba Bermain Nyawa, IUCD Hilang Dari Rahim Ibu Baru Habis Pantang & Trauma Kena Czer Lagi!
Tengok ayam ada dalam sinki pun dah rasa terharu sangat. Tolong keluarkan ayam je pun, tapi isteri punya seronok tu rasa macam dapat gelang emas.
Saya terharu sebab suami faham rutin kerja rumah — tahu ayam kena defrost awal supaya senang nak masak.
Suami ringankan beban isteri, walaupun mungkin nampak kecil, tapi cukup bermakna. Suami ambil inisiatif sendiri, bukan tunggu disuruh atau diberitahu.
Perkara kecil macam ini lah yang buat rumah tangga rasa dijaga dan dihargai. Kadang bukan pasal keluarkan ayam, tapi pasal kesedaran dan usaha.
Kadang-kadang, perkara kecil yang dibuat tanpa diminta, cukup buat isteri rasa dihargai.
Baca juga: Kak Ipar Buat Tuduhan & Canang Sekampung Diri Mandul, Ini Cara Saman Bagi Diam Mulut!
Netizen rancak berkongsi sikap suami masing-masing
Sementara itu di ruangan komen, para isteri begitu tertarik dengan perkongsian ini sehingga meluahkan rasa terharu dengan sikap suami masing-masing.
“Betul..saya paling terharu bila suami buka pintu pagar siap-siap sebelum saya balik supaya senang terus masuk parking kereta. Nampak macam usaha yang kecil tapi memudahkan. Terima kasih suamiku!
“Suami saya luaran rock susah nak senyum tanpa sebab dengan saya, tapi dalam hati ada taman ye. Selalu saya ter suprise dengan dia, buka peti sejuk ada bunga ros.
“Sama..suami jenis bangun pagi terus tanya nak makan apa, sambil siap-siap kalau nak kena beli apa-apa.
“Faham. Perasaan balik balik rumah tiba-tiba nampak kain dah siap lipat walau ada tak ikut spek. Tapi, saya riang terharu!” antara ceritera para isteri yang terharu dan bahagia dengan sikap suami mereka.
Baca juga: 7 Sebab Ramai Pilih Kahwin Lari Di Thailand, No. 5 Paling Tak Sangka Sanggup Ambil Risiko!
Sumber: Noor Fathin Azlan
FT Image: Freepik
