Euforia Bola 2026
Asuh

Ibu Sebak Terima Layanan Baik Anak Dari Usia 11, Rajin Hidangkan Makan Minum Ikut Perilaku Suaminya!

buat baik dibalas baik

Benarlah kata pepatah Melayu, “buat baik dibalas baik.” Itulah perkara yang dilalui oleh seorang ibu bernama Sariah Suhailah, apabila dia dan suami menyerapkan pesanan yang ditinggalkan orang tuanya untuk sentiasa berbuat baik termasuklah kepada anak-anak.

Siapa sangka tingkah laku suaminya yang sentiasa berbuat baik pada dirinya, telah diperhatikan dalam diam oleh anak-anaknya sehingga menjadi ikutan.

Baca juga: [VIDEO] “Mak, Adik Nak Kahwin!” Sampai Berguling Anak Tepi Jalan, Pujuk Untuk Dapat Izin

BUAT BAIK DIBALAS BAIK

buat baik dibalas baik

Gambar: Sariah Suhailah

Menurut cerita Sariah Suhailah, anak sulungnya dari usia 11 tahun sudah pandai menghidangkan dia minuman. Selepas dia mempunyai anak kedua, anak sulungnya itu mula menghidangkan dia makanan pula.

Dan kini, apabila si sulung masuk ke asrama, sikap itu telah menjadi ikutan anak keduanya pula. Ibu mana yang tidak sebak apabila anak-anak menunjukkan peribadi yang baik.

Nak tahu lebih lanjut, ikuti kisah ini hingga ke penghujungnya.

Sikap suami jadi ikutan anak-anak

Bila tengok nasi dan air ini, saya teringat dekat kakak, anak sulung yang dekat asrama. Saya tak pernah sangka dengan usianya dia akan layan saya macam ini.

“Umi, pergilah makan. Kakak jaga adik.”

Bila saya ke dapur, saya tengok nasi dah dihidang, air pun dah dituang. Allahu Rabbi. Sebak sungguh.

Apa yang buat saya sebak ialah, apa yang kakak buat ini ialah apa yang abinya buat dekat saya.

Baca juga: Ambulans Tak Jumpa Rumah, Ibu Gigih Kayuh Basikal Redah Ladang Sawit Demi Selamatkan Anak!

Bila kakak masuk asrama, adiknya pula buat perkara yang sama

Sejak bertahun-tahun kahwin, kalau suami siap makan dulu, dia akan tuangkan air untuk saya. Simple sangat. Tapi, rupa-rupanya anak perhatikan.

Dan sejak sekitar 2 tahun lepas, masa umurnya 11 tahun, kakak sentiasa tuangkan air untuk saya dan abinya kalau dia siap makan dulu.

Dan kali ini, bila dia tengok saya sentiasa terkejar-kejar nak makan bila ada bayi, dia upgrade letak nasi sekali. Subhanallah.

Apa yang lebih mengejutkan saya ialah bila kakak dah masuk asrama, Afham yang nombor dua tu automatik ambil tugas kakak.

“Umi, air umi ni. Afham dah letak.” Allahu Rabbi, macam di ‘pass’ tugas itu pada adiknya.

Baca juga: Tak Dapat No.1 Anak Gant*** Diri Pakai Kain Telekung, Ibu Ini Dedah Cerita Untuk Jadi Pengajaran!

Buatlah baik pada anak-anak, akan nampak hasilnya

Tuan puan,

Saya tak pandai ilmu parenting. Teori-teorinya banyak saya tak tahu. Saya sentiasa merasakan banyak kesilapan saya dalam mendidik anak-anak.

Cuma, satu je pesan mak saya yang saya ingat, “buat baik.”

Suami buat baik pada isteri. Isteri buat baik pada suami. Dan, mak ayah buat baik pada anak-anak.

Selepas berbelas tahun, barulah saya benar-benar nampak hasil ‘buat baik‘ yang mak pesan. Subhanallah. Alhamdulillah.

Wallahu a’lam.

Sariah Suhailah Chik, masih belajar untuk buat baik.

Baca juga: 10 Remaja Cemas Lepas Suntik Ubat Kuat, Zakar Berubah Hitam & Dr. Terpaksa Bedah Separuh!

Sumber: Sariah Suhailah

FT Image: Hello Doktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×