Hujan lebat berterusan yang melanda beberapa negeri sejak kebelakangan ini menyebabkan ramai pelajar serta staf universiti terkesan. Ada yang terkandas, kediaman dinaiki air, malah ada yang memerlukan bantuan segera dari bilik gerakan banjir.
Bagi memudahkan urusan, berikut adalah kompilasi nombor hotline, bilik gerakan dan borang laporan kecemasan daripada universiti awam seluruh Malaysia disenaraikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT).
Baca juga: “Jangan Suruh Ambil EL!”- Staf Ada Cuti ‘Khas’ Untuk Bencana Alam Termasuk Banjir, Ini Borangnya..
SENARAI BILIK GERAKAN BANJIR IPT UNTUK KECEMASAN BANJIR
1. Bilik Gerakan Bencana UUM

Foto: KPT
Pelajar atau staf Universiti Utara Malaysia yang terkesan boleh terus menghubungi pegawai bertugas:
En. Muhammad Danial Khaleq – 04-9284043
Sdr. Ikmal Daniel – 013-8750232
Sdri. Jannati Sakinah – 019-3267105
Borang laporan: SINI
2. Taskforce Bencana UniMAP

Foto: KPT
Universiti Malaysia Perlis mengaktifkan pasukan Taskforce Bencana bagi membantu pelajar dan kakitangan. Mereka yang mengalami kesulitan sepanjang tempoh hujan berterusan diminta mengisi borang khas melalui pautan atau QR yang disediakan.
Untuk pertanyaan lanjut, hubungi Hotline MPP Exco Sukarelawan & JKES:
- Syahmi – 018-4099711
- Fasihah – 011-26085176
- Bilik Gerakan JKES – 04-9414417
3. Tinjauan Pelajar UPSI

Foto: KPT
Bagi warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), laporan kesulitan akibat cuaca semasa boleh dihantar melalui borang yang disediakan.
Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui Hotline MPP Exco Sukarelawan dan JKES UniMAP:
- Syahmi – 018-4099711
- Fasihah – 011-26085176
- Bilik Gerakan JKES – 04-9414417
Borang laporan: SINI
4. RESQ UMPSA

Foto: KPT
Warga Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang memerlukan bantuan atau terkandas akibat banjir boleh menghubungi talian khas berikut:
Hotline Bencana UMPSA: 09-4319999 / 09-4315005 / 09-4315065
5. Cakna Banjir UniSZA

Foto: KPT
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mewajibkan semua mahasiswa terjejas banjir untuk mengisi tinjauan bagi pengumpulan data bantuan.
Borang tinjauan: SINI
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada wakil MPP mengikut kampus:
Kampus Gong Badak & Perubatan:
- MPP Bidasari – 011-6050 7885
- MPP Zahira – 019-377 3322
Kampus Besut:
- MPP Ajib – 013-814 6066
- MPP Adila – 011-7218 4517
6. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Foto: KPT
Hotline mengikut kampus:
- UMK Bachok – 09-779 7480
- UMK Kota – 09-771 7080
- UMK Jeli – 09-947 7205
7. Bilik Gerakan Bencana UiTM

Foto: KPT
Universiti Teknologi MARA membuka bilik gerakan di seluruh cawangan:
Ibu Pejabat Shah Alam
- 03-5544 4199
- 03-5544 4299
- UiTM Cawangan Negeri
Selangor – 03-3258 4444
Perlis – 04-988 2222
Kedah – 04-456 2027 / 3020
Pulau Pinang – 04-382 2996
Perak – 05-374 2304 / 2130
Melaka – 06-558 2067
Negeri Sembilan – 06-483 2307 / 2308
Johor – 07-935 2386
Pahang – 09-460 2050 / 2444
Kelantan – 09-976 2006
Terengganu – 09-840 0133 / 0121
Sabah – 08-832 5248
Sarawak – 08-267 7243
Jika anda atau rakan mengalami kecemasan, jangan teragak-agak untuk menghubungi nombor bantuan ini. Bantuan segera boleh menyelamatkan keadaan, terutama dalam musim banjir yang mencabar ini.
*Semoga semua warga kampus berada dalam keadaan selamat ya, aamin!
Baca juga: Anak Muda Cipta Laman Web ‘TAKZIAH’, Mudahkan Orang Ramai Buat Poster Takziah Dalam Sekelip Mata
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia
