Euforia Bola 2026
Rakyat

Ini Apa Anda Perlu Tahu Tentang Ribut Tropika Senyar Yang Bermaksud ‘Singa’, Impak Besar 48 Jam Di Malaysia!

ribut tropika

Situasi yang sangat merisaukan semua rakyat Malaysia sekarang adalah Ribut Tropika Senyar dikesan berada dalam kawasan dalam negara apabila mendarat di pantai antara sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan tengah malam tadi.

Menariknya, nama Senyar sendiri membawa maksud ‘singa’ dalam bahasa Arab, melambangkan sifatnya yang kuat dan agresif,  sepadan dengan impak yang dibawanya ketika menghampiri kawasan pantai barat.

Baca lagi: “Jangan Suruh Ambil EL!”- Staf Ada Cuti ‘Khas’ Untuk Bencana Alam Termasuk Banjir, Ini Borangnya..

RIBUT TROPIKA SENYAR BERLAKU 24 TAHUN SEKALI, MEMBAWA MAKSUD ‘SINGA’

ribut tropika

Foto: AWANI

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), pergerakan Senyar dijangka membawa hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di sepanjang Pantai Barat Semenanjung.

Senyar merupakan ribut tropika yang terbentuk di Selat Melaka, satu fenomena yang sangat luar biasa. Kali terakhir ia berlaku ialah pada tahun 2001, iaitu pembentukan Taufan Vamei. Ribut ini muncul pada 26 November 2025, di kawasan berhampiran khatulistiwa yang lazimnya tidak sesuai untuk pembentukan taufan.

Senyar kini berada sekitar 102 km barat daya Lumut, Perak dan bergerak ke timur-tenggara pada kelajuan 24 km/j membawa hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan utama.

Fenomena ini dijangka memberi kesan kepada negeri-negeri berikut:

  • Kedah
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Selangor
  • Kuala Lumpur
  • Putrajaya
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Sebahagian Pahang.

Antara impak awal: laut bergelora, ombak tinggi, angin kuat dan hujan lebat berjam-jam.

Garis Masa Penting Senyar Anda Perlu Tahu & Buat

ribut tropika

Foto: zoom.earth

Tarikh perkembangan:

1. 22 Nov Sistem tekanan rendah dikesan di Selat Melaka

2. 26 Nov Membuat pendaratan di Langsa, Aceh (Sumatera)

3. 26–27 Nov Pantai barat Malaysia mula menerima hujan lebat & angin kuat

4. 27–29 Nov Amaran hujan berterusan dikeluarkan untuk Selangor & negeri sekitar

Kesan yang boleh memburukkan keadaan di Malaysia:

1. Banjir & Banjir Kilat

Kawasan utara dijangka paling terjejas. Selangor, termasuk Sekinchan berisiko mengalami banjir setempat.

2. Pengangkutan & Laut

Perkhidmatan feri dan bot kecil dihentikan kerana ombak boleh mencecah 4.5 meter. Risiko pokok tumbang, tebing runtuh dan tanah runtuh meningkat.

3. Risiko Kepada Penduduk di Kawasan Rendah

Jika anda tinggal berhampiran sungai, parit besar, kawasan rendah atau lokasi yang biasa banjir, ini adalah tempoh kritikal 48 jam.

*Apa yang perlu anda buat SEKARANG?

1. Lindungi Dokumen & Sediakan Beg Kecemasan

Letak di tempat mudah dicapai:

  • IC, sijil lahir, dokumen penting dalam plastik / ziplock
  • Ubat harian, inhaler, pam insulin
  • Lampu suluh, bateri, powerbank penuh
  • Susu formula, lampin, tuala wanita
  • Makanan kering & sepasang pakaian untuk semua ahli keluarga

Jika rumah ada warga emas, pesakit kronik atau anak istimewa, rancang lebih awal bagaimana untuk berpindah.

2. Sediakan Rumah Dari Dalam & Luar

  • Bersihkan longkang tersumbat
  • Elakkan parkir kereta di basement, tepi sungai, bawah jambatan atau kaki bukit
  • Periksa paras air longkang — jika sudah melimpah, jangan tidur di tingkat bawah

3. Elakkan Memandu Jika Tak Perlu

  • Ramai mangsa banjir terperangkap di dalam kereta, bukan di rumah
  • Walaupun kelihatan cetek, arus deras boleh tarik kereta kecil

4. Jangan Benarkan Anak Bermain Air

Air banjir keruh menutup:

  • Parit terbuka
  • Lubang
  • Arus kuat
  • Wayar elektrik jatuh

5. Peka Dengan Pengumuman PPS

  • Simpan nombor penting dalam nota berasaskan kertas
  • Semak lokasi pusat pemindahan terdekat
  • Nelayan & pekerja laut: tangguhkan perjalanan sehingga amaran ditarik balik

Kesimpulannya, Ribut Tropika Senyar mungkin akan berlalu, tetapi banjir, kerosakan harta benda dan trauma boleh bertahan lama.
Apa yang kita lakukan dalam 24–48 jam ini sangat menentukan tahap keselamatan keluarga dan komuniti. Jangan ambil mudah hanya kerana sudah biasa musim tengkujuh.

Baca juga: Video Lipan ‘Bertenggek’ Dalam Air Banjir Buat Ramai Meremang, Netizen Titip Pesanan Hati-Hati!

Sumber: AWANI, Public Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×