Euforia Bola 2026
Didik

58 MRSM Bakal Ada Warden Sepenuh Masa Mulai 2027, Guru Boleh Fokus Mengajar & Luah Rasa Syukur!

warden sepenuh masa

Perubahan besar bakal berlaku dalam sistem asrama Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) apabila konsep warden sepenuh masa diperkenalkan di semua 58 MRSM bermula tahun depan.

Pengumuman itu mencuri perhatian ramai apabila ia turut melibatkan pelantikan bekas anggota beruniform yang akan melalui proses pemilihan serta latihan khusus sebelum ditempatkan di sekolah berasrama penuh berkenaan.

Baca juga: [TERKINI] Semakan Temu Duga UPU Dibuka 19 April, Adik Lepasan SPM 2026/2027 Boleh ‘Check’ Senarai Institusi INI

WARDEN SEPENUH MASA DI 58 MRSM MULAI TAHUN DEPAN!

warden sepenuh masa

Gambar hiasan: Arkin NSTP.

Inisiatif ini diumumkan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di Facebook semalam, sekali gus menandakan satu perubahan penting dalam struktur pengurusan asrama MRSM di seluruh negara.

Pelaksanaan ini akan menyaksikan bekas anggota beruniform dipilih untuk mengisi jawatan warden selepas melalui saringan ketat. Mereka juga diwajibkan mengikuti latihan khas bagi memastikan pemahaman menyeluruh terhadap Falsafah Pendidikan MARA sebelum ditempatkan di MRSM.

Pendekatan ini dilihat sebagai usaha memperkukuh aspek disiplin serta pengurusan pelajar asrama dengan lebih tersusun, di samping membawa pengalaman dunia sebenar ke dalam persekitaran pendidikan.

Dengan perubahan struktur ini, guru di MRSM tidak lagi perlu memikul tanggungjawab berganda sebagai pendidik dan pengawas asrama. Ini secara tidak langsung membolehkan tenaga pengajar memberi tumpuan penuh kepada pengajaran di dalam kelas serta pembangunan akademik pelajar.

Langkah ini turut dilihat sebagai penyelesaian kepada isu beban kerja guru yang sekian lama dibangkitkan dalam sistem sekolah berasrama penuh.

“Guru-guru tidak perlu lagi terbeban dengan tugas warden, hanya fokus mengajar, mendidik dan kemenjadian pelajar,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, pada Isnin.

warden sepenuh masa

Gambar hiasan: Gemini AI

Reaksi ibu bapa

Pengumuman tersebut turut mendapat sambutan positif daripada ibu bapa dan orang ramai yang melihatnya sebagai pembaharuan yang praktikal. Ramai menyuarakan rasa lega kerana pengurusan asrama kini akan dikendalikan oleh pihak khusus yang lebih berpengalaman.

Di media sosial, rata-rata komen menyokong langkah berkenaan dengan harapan ia dapat meningkatkan keselamatan, disiplin serta kesejahteraan pelajar di asrama MRSM.

Baca juga: Pengerusi MARA Bersuara Tindakan Tahan Sijil Pelajar & Ganjaran Kerana Yuran PIBG, Minta Ada Ihsan Dalam Keputusan

Pelaksanaan ini sebenarnya merupakan perluasan kepada projek rintis yang telah dijalankan lebih awal di beberapa MRSM terpilih. Sebelum ini, veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah dilantik sebagai warden sejak Ogos tahun lalu bagi menilai keberkesanan sistem baharu tersebut.

Menurut laporan berita tempatan, kajian turut dilakukan oleh penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menilai impak terhadap disiplin pelajar serta keberkesanan pengurusan asrama sebelum diperluaskan ke semua MRSM.

Baca juga: Graduan Kecewa Diarah Tak Hadir Majlis Konvokesyen Sendiri, Respons Pantas Pengerusi MARA Raih Pujian

Sumber: Facebook Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki /Harian Metro

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×