Mulai tahun 2026, sistem satu saluran pengambilan pelajar ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) akan dilaksanakan secara rasmi. Pelaksanaan sistem semakan tawaran MRSM baharu ini dilihat sebagai langkah penting untuk menambah baik proses pemilihan pelajar, selain memastikan peluang pendidikan diagihkan dengan lebih adil dan tersusun.
Langkah ini turut memberi fokus kepada pelajar cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah dan kawasan luar bandar, agar mereka tidak tercicir daripada peluang pendidikan berkualiti.
Baca juga: Nak Anak Masuk MRSM 2026 Pastikan Letak Sebagai Pilihan Pertama, Ini Cara Baru Permohonan Diproses
Semakan Tawaran MRSM 2026 Dibuka Bermula 26 Disember 2025

Terbahru, menerusi perkongsian Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), ibu bapa dan pelajar kini boleh mula membuat semakan tawaran kemasukan ke MRSM dan Sekolah Khusus bagi Tahun 2026, melibatkan kategori berikut:
- Murid Tingkatan 1
- Murid Tingkatan 4
- Murid Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
Semakan keputusan & rayuan: 26 Disember 2025 – 13 Januari 2026
Tarikh pendaftaran: 13 Januari 2026
Semakan rayuan: 6 – 10 Februari 2026
Semakan perlu dibuat mengikut kategori sekolah asal pelajar melalui pautan rasmi yang disediakan. Ibu bapa dinasihatkan agar tidak menangguhkan semakan bagi mengelakkan sebarang masalah.
Calon boleh membuat semakan menggunakan nombor kad pengenalan secara dalam talian melalui pautan berikut:
Tingkatan 1: https://mrsm.mara.gov.my/semakmrsmT1
Tingkatan 4: https://mrsm.mara.gov.my/semakmrsmT4
Murid dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM:
Tingkatan 1: https://mrsm.mara.gov.my/mrsmsemakt1
Tingkatan 4: https://mrsm.mara.gov.my/mrsmsemakt4
Arahan Penting Kepada Calon & Ibu Bapa

Foto: NSTP
Beberapa perkara penting perlu diberi perhatian:
- Calon wajib membuat pengesahan terima atau tolak tawaran dalam tempoh 7 hari daripada tarikh semakan
- Kegagalan membuat pengesahan akan dianggap menolak tawaran secara automatik
- Keputusan tawaran adalah muktamad
- Rayuan Kemasukan MRSM 2026
Bagi calon yang tidak berjaya mendapat tawaran, peluang masih terbuka melalui permohonan rayuan:
Tarikh rayuan: 26 Disember 2025 – 13 Januari 2026
Semakan keputusan rayuan: 6 – 10 Februari 2026
Rayuan hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan permohonan dipertimbangkan.
Kesimpulannya, pelaksanaan sistem satu saluran SBP dan MRSM ini diharap dapat menjadikan proses pemilihan pelajar lebih tersusun, adil dan berkesan. Ibu bapa disarankan sentiasa peka dengan tarikh penting serta memastikan semua langkah dilakukan mengikut garis masa yang ditetapkan. Selamat berjaya!
Baca juga: Ini Senarai Ranking Sekolah Yang ‘Top’ SPM 2024 Untuk SBP & MRSM, Tahniah Buat Semua!
Sumber: Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Foto: NSTP
