Euforia Bola 2026
Inspirasi

6 Selebriti Bergelar Ibu 50-an Ini Masih Jelita, Anggun & Bergaya Macam Anak Dara.. Usia Hanyalah Nombor!

selebriti malaysia

Usia bukan penghalang untuk seseorang wanita tampil cantik, bergaya dan penuh keyakinan diri. Malah, ramai selebriti Malaysia membuktikan bahawa peningkatan usia hanyalah angka apabila mereka masih kelihatan anggun walaupun sudah memasuki fasa 50-an dan ke atas.

Baca juga: Kanak-Kanak 6 Tahun Alami Detik Cemas! Mata Kanan Cedera Akibat Tertusuk Besi Kusyen Kereta

SELEBRITI MALAYSIA USIA 50-AN KE ATAS TAPI MASIH JELITA

Bukan sahaja aktif dalam dunia seni, malah ada antara mereka masih menjadi inspirasi ramai wanita dari segi penampilan, penjagaan diri dan aura elegan yang dimiliki.

Ini antara selebriti Malaysia bergelar ibu yang sering mencuri perhatian kerana masih nampak menawan walaupun usia sudah melepasi 50 tahun.

1. Selebriti Malaysia – Erra Fazira – 52 Tahun

SELEBRITI MALAYSIA

Nama Erra Fazira sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri hiburan tanah air. Walaupun kini berusia 52 tahun, pelakon dan penyanyi ini masih kelihatan jelita serta memiliki aura yang elegan.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu juga sering menerima pujian ramai kerana penampilannya yang sentiasa terjaga dan tampak muda.

2. Tiara Jacquelina – 58 Tahun

SELEBRITI MALAYSIA

Pada usia 58 tahun, Tiara Jacquelina masih tampil bergaya dan penuh karisma. Personalitinya yang ceria serta keyakinan diri membuatkan dirinya terus kelihatan menawan setiap kali muncul di khalayak ramai.

Figura terkenal ini juga sering menjadi inspirasi wanita kerana membuktikan usia bukan penghalang untuk terus aktif dan bergaya.

3. Vanidah Imran – 53 Tahun

SELEBRITI MALAYSIA

Pelakon cantik Vanidah Imran juga antara selebriti yang sering dipuji kerana penampilannya yang masih awet muda.

Walaupun sudah memasuki usia 53 tahun, ibu kepada dua cahaya mata ini tetap kelihatan fit, elegan dan mempunyai gaya tersendiri yang membuatkan ramai kagum.

4. Selebriti Malaysia – Rozita Che Wan – 53 Tahun

SELEBRITI MALAYSIA

Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta sememangnya terkenal dengan imej glamor dan penampilannya yang sentiasa ‘tip-top’.

Pada usia 53 tahun, dia masih kelihatan jelita dan bergaya sehingga ramai tidak menyangka usianya sudah mencecah angka tersebut.

5. Sheila Majid – 61 Tahun

SELEBRITI MALAYSIA

Penyanyi legenda Sheila Majid turut tersenarai sebagai antara selebriti wanita yang masih kekal anggun walaupun sudah berusia 61 tahun.

Aura lembut dan penampilan classy yang dimiliki membuatkan Sheila Majid kekal relevan dan diminati ramai sehingga hari ini.

6. Selebriti Malysia – Ziela Jalil – 55 Tahun

SELEBRITI MALAYSIA

Ziela Jalil juga antara selebriti yang sering mendapat perhatian kerana kecantikannya yang masih terserlah walaupun sudah berusia 55 tahun.

Penampilannya yang sopan, elegan dan tenang membuatkan ramai wanita menjadikannya inspirasi dalam menjaga penampilan diri apabila meningkat usia.

Kesemua selebriti ini membuktikan bahawa wanita tetap boleh tampil cantik dan yakin dengan diri sendiri walaupun usia semakin meningkat.

Apa yang lebih penting adalah menjaga kesihatan, penampilan diri serta mempunyai aura positif yang mampu menyerlahkan seri semula jadi seseorang wanita.

Baca juga: Kapal ‘Cruise’ Dikaitkan Penularan Wabak Hantavirus, Kenali Simptom & Bahaya Virus Bawaan Tikus Ini!

Sumber: Google 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×