Menerusi laman Facebook milik Dr. Suriyakhatun, dia ada mendedahkan sisi gelap mengenai sekolah asrama lelaki yang dikatakan banyak berlaku kes rogol.
Menurutnya, kes-kes sebegini bukan sesuatu yang baharu, malah telah lama berlaku namun sering disembunyikan atau dianggap sebagai perkara biasa dalam budaya “ragging” atau buli.
Baca juga: Baca Doa Ini Setiap Hari Agar Otak Anak Lebih ‘Power’, Tengok Sendiri Perubahan Nanti!
SEKOLAH ASRAMA LELAKI LEBIH BANYAK KES ROGOL?

“Nak tanya. Kes rogol berkumpulan di kalangan pelajar sekolah asrama lelaki. Adakah ia sering berlaku? Adakah biasanya ia di diamkan? Ramai ibu ayah suka hantar tahfiz tetapi ramai antara pesakit yang saya dapat dari tahfiz pun ada masalah,” ujarnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata turut bersetuju dan berkongsi pengalaman yang dialami anak mereka sendiri ketika berada di sekolah asrama lelaki.
“Anak saya belajar di asrama tahfiz. Ada satu malam, seorang lelaki dewasa menceroboh masuk ke dalam asrama. Dia sempat tengok wajah anak saya, tetapi tidak memilih anak saya. Sebaliknya, dia memilih seorang budak yang tidur di katil hadapan. Lelaki itu sempat meraba-raba budak tersebut seketika, sebelum dikejar oleh ustaz. Namun, dia berjaya melarikan diri.
“Kesian budak tu, dia mengalami trauma. Selepas kejadian itu, anak saya memberitahu bahawa ada budak-budak lain yang mengatakan mukanya tak ‘handsome’ sebab tak macam muka perempuan.

“Itu adalah kali pertama lelaki luar berjaya masuk ke dalam kawasan asrama. Bagi saya, ini adalah satu pengajaran daripada Allah. Padahal ustaz-ustaz di situ sudah menjaga keselamatan dengan ketat,” ujarnya.
Lebih mengejutkan apabila ada ibu yang memberitahu anaknya menjadi mangsa dan pelaku tersebut merupakan guru di sekolah tahfiz berkenaan.
“Anak saya juga merupakan mangsa di sebuah pusat tahfiz. Sudah hampir lima tahun, tetapi kes ini masih belum diselesaikan. Pelakunya adalah pemilik (ustaz) pusat tahfiz tersebut.
“Untuk kes seperti ini, ramai yang menyuruh saya tutup mulut dengan alasan kononnya ia memalukan agama. Saya, sebagai seorang ibu yang masih trauma, tetap menantikan keadilan buat anak lelaki saya,” luahnya.
Baca juga: Cara Buat Air Minuman Supaya Anak Mudah Belajar, ‘Confirm’ Asyik Nak Baca Buku!
Sumber: Facebook
