Euforia Bola 2026
Didik

KPM Yakin Keselamatan Sekolah Asrama Terjamin, Ibu Bapa Jangan Risau & Beri Kepercayaan

SEKOLAH ASRAMA

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi jaminan bahawa semua sekolah asrama di bawah kelolaannya kekal berada dalam keadaan selamat, justeru ibu bapa tidak perlu berasa gusar untuk menghantar anak mereka ke institusi berkenaan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan bahawa usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan sentiasa diberi keutamaan, di samping penambahbaikan berterusan dalam pelbagai aspek bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat dan berkualiti tinggi.

Baca juga: Pemegang Kad OKU, Semak Dulu! Kursus Ini Tak Sesuai Untuk Sambung Belajar, Jangan Sampai Kecewa

KPM TEGASKAN SEKOLAH ASRAMA MASIH SELAMAT, TAK PERLU BIMBANG

SEKOLAH ASRAMA

Menurutnya, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) masih menjadi pilihan utama ramai ibu bapa, menunjukkan keyakinan terhadap sistem pendidikan asrama yang ditawarkan KPM.

“Saya ingin yakinkan para ibu bapa bahawa sekolah-sekolah asrama kendalian KPM masih dalam keadaan selamat. Kita secara konsisten melaksanakan penambahbaikan dari sudut keselamatan dan infrastruktur supaya institusi ini terus menjadi ruang pembelajaran terbaik kepada anak-anak,”  jelasnya.

Selain itu, beliau turut menambah bahawa KPM sentiasa mengambil langkah proaktif dalam mengenal pasti dan menangani sebarang kelemahan, termasuk berkaitan aspek keselamatan di sekolah-sekolah asrama.

Kenyataan itu hadir sebagai respons kepada kebimbangan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin di Dewan Rakyat ketika membahaskan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

SEKOLAH ASRAMA

Bung Mokhtar mendakwa terdapat segelintir ibu bapa di Sabah yang kini takut menghantar anak mereka ke sekolah berasrama, dipercayai susulan kes kematian pelajar, Zara Qairina, yang dikaitkan dengan unsur buli.

Mengulas isu tersebut, Fadhlina menekankan bahawa pendekatan kementerian dalam menangani kes buli berfokus kepada aspek pendidikan dan pemulihan. Tindakan seperti amaran, penggantungan, kaunseling, serta program sahsiah dilaksanakan untuk membentuk pelajar ke arah lebih positif.

“Kita berusaha memastikan persekitaran sekolah menyokong pembentukan karakter pelajar agar mereka dapat berubah dan berkembang menjadi individu yang lebih baik,” tambahnya.

Baca juga: Dapat CGPA 3.83 Tapi Ditolak Universiti Kerana Autism? Bapa Pelajar OKU Tuntut Keadilan Untuk Anak!

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×