Musim durian kali ini menyaksikan harga durian Musang King di beberapa lokasi dilaporkan lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Perkara itu menjadi bualan ramai, khususnya dalam kalangan peminat durian yang mengambil peluang menikmati raja buah tersebut pada harga lebih berpatutan.
Baca juga: Tragedi Berulang! Ibu Gajah Setia Temani Anak Mati Dilanggar Selama 7 Jam, Pilu…
DURIAN MUSANG KING HARGA MURAH SEKARANG, RUPANYA SEBAB PENYAKIT INI

Dalam masa sama, tular satu perkongsian di media sosial yang mendakwa antara faktor harga Musang King menjadi lebih murah adalah disebabkan sebahagian buah diserang penyakit yang dikenali sebagai tiger stripes.
Menurut perkongsian tersebut, penyakit tiger stripes boleh menyebabkan isi durian mempunyai jalur atau belang berwarna hitam pada permukaannya.
Isi yang terjejas juga dikatakan mengalami perubahan dari segi rasa dan kualiti, sekali gus tidak memberikan pengalaman menikmati Musang King seperti yang diharapkan.
Perkongsian itu turut menasihatkan pengguna supaya memeriksa keadaan isi durian sebelum menerimanya.
“Salah satu sebab Musang King murah tahun ini… Durian kena penyakit tiger stripes… rasa memang out la. Kalau dapat isi durian, yang ada belang-belang hitam minta tukar baru sahaja.. sebab itu durian sakit,” jelasnya.
Walaupun tidak semua buah Musang King mengalami masalah tersebut, pengguna disarankan memeriksa keadaan isi durian terlebih dahulu sebelum membawanya pulang, terutama jika membeli durian yang telah siap dibuka.

Sekiranya terdapat jalur hitam yang luar biasa atau rasa isi tidak seperti kebiasaan, pembeli boleh memaklumkan kepada penjual dan meminta penukaran sekiranya dibenarkan.
Dalam pada itu, harga durian dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk musim pengeluaran, bekalan yang banyak, permintaan pasaran, keadaan cuaca serta kualiti hasil tuaian.
Justeru, penyakit tiger stripes bukanlah satu-satunya faktor yang menentukan harga Musang King di pasaran.
Sebagai pengguna, membuat pemeriksaan terhadap keadaan isi durian sebelum membeli merupakan langkah terbaik bagi memastikan buah yang diterima berada dalam keadaan berkualiti dan selamat untuk dinikmati.
Baca juga: Bayi 9 Bulan Diculik Ketika Ibu Sedang Tidur, Jadi Mangsa ‘Kerakusan’ Remaja 12 Tahun!
Sumber: Mek Sambal
