Tular berita mengejutkan dari seorang wanita, berkenaan suaminya yang pada awal disangkakan sakit gigi biasa akhirnya meninggal dunia disebabkan jangkitan bakteria berpunca daripada masalah gigi berlubang merebak ke anggota tubuh lain.
Melalui kronologi dikongsikan oleh Amanda Prawiria di TikTok, suaminya merasakan leher sedikit bengkak ketika pergi bekerja. Lalu, Amanda menerima gambar daripada suaminya dan mereka menyangka ia hanya masalah gigi biasa.
Baca juga: AWAS Tanda-Tanda Diabetes Boleh Tengok Pada Kulit, Salah Satunya Muncul Tompok Kering!
SAKIT GIGI HINGGA MENINGGAL DUNIA

Gambar: TikTok @amandaprawiria
Tampal koyo disangkakan sakit biasa
Jadi, bagi meredakan bengkak tersebut, suami Amanda menampal koyok di pipi dan berharap kesakitan itu akan reda. Namun perkara lain yang terjadi, bengkak tidak juga surut dan semakin membesar.
Amanda berasa terkejut dengan perubahan mendadak itu segera melakukan panggilan video dan mendapati suaminya mengalami pembengkakan luar biasa.
Mereka mula mengesyaki ianya penyakit beguk memandangkan waktu itu ramai yang mengalami penyakit tersebut.

Gambar: TikTok @amandaprawiria
Bawa ke hospital dan disangka beguk
Keesokan harinya, bengkak yang dialami suaminya semakin teruk sehingga menyebabkan kesukaran untuk makan, minum dan bernafas. Lalu, segera dikejarkan ke Jabatan Kecemasan untuk mendapatkan rawatan.
Kemudian, doktor yang bertugas di bahagian kecemasan mendakwa ia hanya beguk dan menyuruh pulang selepas diberikan rawatan. Pada masa yang sama, suaminya tidak memberitahu doktor bahawa sedang menghadapi masalah gigi berlubang.
Di rumah, sakit dialami masih tidak berkurangan sehingga sukar untuk menelan makanan kerana kesakitan yang teramat sangat. Disebabkan itu, Amanda mengambil keputusan untuk membawa suami ke hospital buat kali kedua.

Gambar: TikTok @amandaprawiria
Baca juga: Badan Kudis Dijangkiti Sporo Kucing Kurap, Dr. Pesan Boleh Cepat Merebak Jika Salah Suntik Ubat!
Pergi ke hospital kali ke-2 & perlu dibedah segera!
Kali ini, Amanda memberitahu suaminya mempunyai gigi berlubang dan doktor mendapati ada abses gigi dan perlu pembedahan segera.
Bahkan, dari hasil X-ray menunjukkan bahawa bukan masalah sakit gigi biasa tetapi nanah yang keluar dari jangkitan gigi berlubang sudah merebak hingga ke bahagian leher dan bahu suaminya.
Setelah menjalani pembedahan, suaminya terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami kesukaran bernafas.

Gambar: TikTok @amandaprawiria
Empat hari berada di ICU & meninggal dunia
Pada hari pertama dan kedua di ICU, suaminya masih boleh berkomunikasi dan menggunakan telefon. Keadaan berubah pada hari ketiga apabila doktor terpaksa memberikan ubat penenang kerana pesakit terlalu gelisah.
Pada hari keempat, apabila ubat dihentikan, suaminya tidak sedarkan diri dan akhirnya koma sebelum menghembuskan nafas terakhir di depan isterinya.
Tangisan pilu menyelubungi hospital ketika Amanda menyaksikan suaminya pergi meninggalkan dirinya dan dua anak kecil tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal.

Gambar: TikTok @amandaprawiria
Baca juga: Anak Ain Edruce Dibedah Akibat Angin Pasang, Ramai Terkejut Perempuan Boleh Kena Penyakit Ini Juga!
Sumber: TikTok @amandaprawiria
FT Image: TikTok @amandaprawiria
