Sebut sahaja Suria KLCC, ramai yang beranggapan ia hanya lokasi untuk membeli belah di tengah kota raya Kuala Lumpur.
Namun, apa yang perlu diketahui oleh orang ramai, Suria KLCC merupakan hub kulinari “muslim friendly”, ia merupakan sebuah pusat membeli belah yang hanya menawarkan pengalaman kulinari mesra Muslim, tiada hidangan berasaskan babi dan perasa alkohol dibenarkan.
Sakana Japanese Dining Tawar Hidangan Autentik Jepun
@mysiraplimau PALING AUTENTIK SETAKAT INI! 🇯🇵 #sakanajapanesedining #suriaklcc #japanesemalaysia
♬ original sound – Sirap Limau Official – Sirap Limau Official
Sakana Japanese Dining yang beroperasi sejak 2020 ini menawarkan menu mesra Muslim yang direka dengan teliti untuk mematuhi piawaian halal tanpa menjejaskan keaslian perisa tradisional Jepun.
Restoran ini dipimpin oleh Chef Makoto Saito Sam, seorang chef sushi dengan lebih 20 tahun pengalaman di Jepun, Australia, Itali dan Malaysia. Chef Sam komited terhadap kualiti dan keaslian, dengan memastikan pilihan bahan-bahan masakan daripada pembekal yang disahkan halal.

Chef Sam juga pemilik restoran Sushi Hibiki di Four Seasons Place, KL
Cuka & Mirin Premium Halal dari Kilang Berusia 80 tahun
Dengan pimpinan Chef Sam, Sakana ialah restoran pertama seumpamanya di Malaysia yang menggunakan cuka dan mirin diperakui halal daripada Yokoi Vinegar Brewing dari Tokyo. Jenama terkenal ini digemari oleh chef sushi selama lebih 80 tahun.
Menurut Chef Sam, cuka dari Yokoi Vinegar Brewing ini empat kali ganda lebih mahal daripada cuka biasa, tetapi keunikkan rasanya yang diakui membuatkan ia menjadi pilihan di Sakana.
Baca juga : Tien, Restoran Cina Mesra Muslim Saji Hidangan Autentik dari Fujian
Pilihan Menu Terhad Kerana Pentingkan Kualiti Ramuan

Chicken Katsu Donburi & Ebi Tendon merupakan menu set kegemaran pilihan pelanggan

Mentaiko Somen & Wasabi Caesar Salad ini mempunyai keunikan rasa tersendiri. Wajib cuba.
Pilihan menu di Sakana Japanese Cuisine adalah terhad kerana mereka menitikberatkan kualiti bahan-bahan yang digunakan.
Hanya ramuan yang segar digunakan dalam masakan, dan semuanya dibuat dari dapur chef. Tiada bahan segera digunakan dalam masakan.

Hanya bahan-bahan segar digunakan untuk membuat Salmon Tartar & Soba Salad ini

Pemanis mulut Jepun, Matcha Brownie & Mochi ini dibuat tanpa bahan ready made. Strawberi Kakigori pula dikisar menggunakan “frozen strawberi
Lokasi : G11, Ground Floor, Suria KLCC, Jalan Ampang, 50088, Kuala Lumpur
Waktu operasi : Isnin – Ahad, 10 am – 11 pm
Baca juga : 6 Lokasi Berhibur di Berjaya Times Square KL, Rupanya Kini Pusat Beli Belah Hiburan Keluarga!
