Roh suami yang sudah meninggal dunia, adakah ia mengetahui tentang isterinya yang turut pergi menghadap Ilahi? Persoalan ini sering menjadi tanda tanya dalam kalangan masyarakat Melayu yang sememangnya gemar membincangkan perkara ghaib.
Namun dalam Islam, setiap perbincangan mengenai hal ghaibiyyat (perkara-perkara ghaib) mestilah berlandaskan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW, bukannya sekadar sangkaan atau cerita turun-temurun.
Baca juga: Hukum Makan Di Restoran Guna Wine Dalam Masakan, Ini Penjelasan Fatwa Malaysia!
ROH SUAMI BOLEH NAMPAK KE ISTERI MENINGGAL DUNIA

Baru-baru ini, pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus tampil memberikan penjelasan berhubung persoalan tersebut dalam satu rakaman kuliahnya di YouTube.
Beliau menjelaskan, sebaik-baiknya biarlah isteri mati terlebih dahulu sebelum suami.
“Mengapa isteri kena (perlu) mati dahulu? Jika suami mati terlebih dahulu, siapa yang akan ziarah kuburnya nanti? Ini kerana isteri yang kematian suami tidak dapat keluar rumah selama empat bulan 10 hari.
“(Berbanding) jika isteri yang meninggal dunia dahulu, suami boleh ziarah kuburnya setiap hari sambil bawa isteri muda,” jelasnya dalam nada bergurau dalam rakaman video di YouTube miliknya baru-baru ini.
Baca juga: Qari & Qariah Malaysia Ungguli Tilawah Al-Quran Antarabangsa Ke-65, Cipta Sejarah Juara Berganda!
Beliau kemudiannya meneruskan, jawapan kepada persoalan tersebut ialah sama keadaannya di dunia ini.
“Kalau sampai masa tahu, (roh itu) akan tahu. Kalau belum sampai masanya, dia tidak akan tahu.
“Sama juga di dunia ini, tidak semua perkara kita tahu. Kadang-kadang sepupu kita meninggal dunia pun kita tidak tahu dan terlepas pandang,” katanya.
Tambahnya, jika ada orang datang beritahu tentang kematian tersebut, maka kita akan tahu, sama seperti kehidupan kita di alam barzakh mengenai perkara ini.
Beliau kemudiannya membacakan sepotong hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah melalui seorang lelaki pada kubur seseorang yang ia kenali di dalam dunia, maka dia memberi salam atasnya, maka mayat itu mengenalinya dan menjawab ia akan salam atasnya itu.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
Ujarnya, menurut ulama, jika si mati tidak kenal orang yang menziarahinya, maka ia akan tertanya-tanya siapakah orang ini?
“Jadi, kalau ALLAH nak sampaikan kepada pengetahuannya, maka roh akan dapat tahu dan jika ALLAH tidak izinkannya, maka ia tidak akan mengetahuinya,” jelasnya.
Sementara itu, Ustaz Azhar menegur sikap sebahagian umat Islam yang tidak hadir ke masjid untuk mengikuti pengajian agama.
“Waktu Maghrib dan Isyak asyik leka menonton drama televisyen dan bermain telefon.
“Siang sudah sibuk mencari nafkah, maka malamnya datanglah ke masjid sekejap (untuk mengikuti kuliah agama),” katanya.
Harta kita tidak akan berkurangan jika datang ke masjid, malah akan bertambah ‘cerdik’, ujarnya.
“Ini tidak, solat masih tidak betul, basuh kencing pun masih tidak betul. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, ramai yang akan kena pukul (azab) di dalam kubur disebabkan air kencing.
“Ustaz mengajar (di masjid) tidak hadir, leka dengan drama. Bukan marah dengan hiburan tapi lagha (lalai) kamu sampai hilang agama.
“Sampai tualah tidak pandai bezakan mana idgham bila ghunnah dan maal ghunnah, tanwin, iqlab, izhar halqi serta ikhfak hakiki (hukum tajwid),” katanya.
Baca juga: Boleh Ke Berak Kencing Menghadap Kiblat? Tak Sangka Boleh Jadi Haram JIKA Dalam Situasi Ini!
Sumber: Sinar Harian
FT Image: AI
