Euforia Bola 2026
Nur

“Rasa Macam Arwah Balik Rumah…”- Betul Ke Roh Orang Mati Jadi Hantu Macam Dalam Filem Seram?

orang mati

Dalam filem-filem seram sama ada Melayu, Thai atau Hollywood, kita sering disajikan dengan babak roh orang mati yang merayau-rayau di dunia dan mengganggu manusia bukan? Dari kisah pontianak hingga roh dendam, elemen ini sudah wajib dalam dunia hiburan.

Tapi timbul satu persoalan penting, bolehkah roh orang mati benar-benar kembali ke dunia seperti yang dipaparkan?

Baca juga: Suka Berbogel Atau Seksi Masa Tidur? Hati-Hati Jika Berlaku Gangguan Ini…

BETUL KE ROH ORANG MATI BOLEH ‘RONDA-RONDA’ KACAU MANUSIA?

orang mati

Untuk mula faham isu roh, mari kita rujuk satu ayat kukuh dari al-Quran:

“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: ‘Roh itu urusan Tuhanku, dan kamu tidak diberikan ilmu melainkan sedikit sahaja.’”– (Surah al-Isra’, ayat 85)

Ayat ini sangat ‘direct’ kerana Allah SWT sendiri nyatakan bahawa hal ehwal roh adalah urusan eksklusif-Nya, dan ilmu manusia tentang roh hanyalah setitis dari lautan ilmu Tuhan. Jadi, tak hairanlah kalau banyak persoalan kita tentang roh tak ada jawapan hitam putih.

Secara ringkas, roh adalah ‘nyawa dalam bentuk yang tak boleh dilihat’. Ia bukan fizikal macam tangan atau mata, tapi kehadirannya buat kita hidup seperti boleh bernafas, bekerja, ketawa, menangis. Bila roh ditarik keluar, jasad jadi kosong bermakna tamat riwayat, tamat aktiviti di dunia.

Boleh ke roh kembali ke dunia? Jawapannya, TIDAK BOLEH.

Allah SWT sudah tetapkan alam khas untuk roh yang telah meninggal iaitu alam barzakh. Ini adalah “zon transit” untuk roh sebelum hari kebangkitan kerana bila seseorang masuk ke alam barzakh, dia tak boleh patah balik.

Firman Allah:

“Dan di hadapan mereka ada barzakh (dinding pemisah) hingga hari mereka dibangkitkan.”– (Surah al-Mu’minun, ayat 100)

Tapi Kenapa Kita Mimpi Jumpa Orang Dah Mati?

orang mati

Foto: freepik

Ya, ini memang berlaku. Ramai mengadu bermimpi arwah yang sudah lama meninggal datang bercakap, senyum, marah, bagi pesanan. Dalam hal ini, ada ulama berpendapat bahawa ketika tidur, roh manusia boleh ‘bertemu’ dalam satu alam khas, yang kita tak mampu jelaskan sepenuhnya.

Namun perlu diingat, itu mimpi, bukan realiti. Roh tak ‘keluar dari kubur’ dan berjalan-jalan di dunia manusia. Mimpi mungkin peringatan, mungkin rindu, mungkin satu mesej yang Allah izinkan.

Nabi SAW bersabda kepada Sayyidina Jabir RA:

Wahai Jabir! Adakah kamu tidak mengetahui bahawa Allah telah menghidupkan ayahmu dan berfirman kepadanya: ‘Mohonlah kepada-Ku.’ Lalu ayahmu berkata: ‘Kembalikanlah aku ke dunia agar aku terbunuh lagi (dalam jihad).’
Maka Allah berfirman: ‘Telah Aku tetapkan bahawa mereka yang telah mati tidak akan kembali ke dunia.’” – (Riwayat Ahmad)

Maknanya jelas, bahkan syuhada’ pun tak dibenarkan kembali. Jadi kalau ada yang mengaku roh si polan balik rumah sebab rindu nasi lemak, kita kena persoal sama ada itu betul roh atau makhluk lain yang menyamar?

Apa yang kita nampak, dengar atau rasa, bukan bukti roh kembali. Ia mungkin mainan jin, ilusi syaitan, atau mainan emosi kita sendiri kerana Islam ajar kita percaya bahawa alam manusia dan alam roh ada batas yang tak boleh dilanggar.

*Jadi kalau rindu orang yang dah pergi, sedekahkan doa dan Al-Fatihah, bukan jerit depan cermin tengah malam. Nak buat baik pada arwah, bantu dengan pahala, bukan panggil mereka turun dari barzakh.

Baca juga: Kena Tegur Dengan ‘Cik Ponti’ Bawa Pulang Uri Bayi Jam 3 Pagi, Peneman Bayi Ini Ada Sisi Seram!

Sumber: Bahagian Dakwah, JAKIM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×