Euforia Bola 2026
Famili

Dua Kanak-Kanak Hilang Ditemui Selamat Dalam Keadaan Sejuk, Dakwa Ada ‘Kakak’ Bawa Mereka Bersiar

kanak kanak hilang

Syukur Alhamdulillah… itulah yang diungkapkan apabila dua kanak kanak hilang dua hari lepas di Kampung Pasir Pandak, Santubong akhirnya ditemui selamat.

Kanak-kanak perempuan yang bernama Humaira Qalesya Mohd Dir dan NurAshafieya Aisyah Abd Nasri Asrafie, masing-masing berusia lima tahun, dijumpai kira-kira tiga kilometer dari rumah nenek mereka iaitu lokasi terakhir mereka bermain.

Baca juga: Kematian Kadet PALAPES Syamsul Haris Bukan Insiden Latihan, AGC Sahkan Kes Di Bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Kanak Kanak Hilang Ditemui Duduk Atas Batu Dalam Keadaan Sejuk, Dakwa Ada ‘Kakak’ Bawa Bersiar

kanak kanak hilang

Foto: Harian Metro (ihsan polis)

Menurut Wakil Ketua Polis Daerah Kuching, DSP Zamry Ali, kedua-dua kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan kesejukan, duduk di atas sebuah batu berhampiran kawasan berbukit.

“Syukur mereka berdua ditemui dengan selamat. Kami ingin mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa memantau anak-anak ketika bermain, terutama di kawasan berair seperti parit. Air mungkin kelihatan cetek, tetapi arusnya deras,” katanya.

Operasi pencarian yang memasuki hari kedua sejak jam 8 pagi turut dihentikan serta-merta selepas kedua-dua mangsa dijumpai.

Kisah ini menjadi lebih menarik dan seram apabila bapa salah seorang mangsa, Abdul Nasri Asrafie, memaklumkan terdapat cerita yang agak misteri di sebalik kehilangan anak-anak tersebut.

Menurutnya, anggota pasukan penyelamat memaklumkan bahawa kanak-kanak itu mendakwa mereka dibawa oleh seorang ‘kakak’, namun mereka tidak mengenali individu itu.

“Bila ditanya bagaimana mereka sampai ke kawasan itu, anak saya kata ada ‘kakak’ yang bawa. Tapi mereka tak kenal siapa,” katanya.

Selepas ditemui, kedua-duanya dihantar ke Hospital Umum Sarawak bagi menjalani pemeriksaan lanjut dan berada dalam keadaan stabil.

Kehilangan Disedari Selepas Tidak Pulang Dari Rumah Nenek

kanak kanak hilang

Foto: Tiktok @sarawakedition

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak, kehilangan kedua-dua kanak-kanak itu disedari selepas mereka tidak pulang selepas bermain di rumah nenek.

Kali terakhir mereka dilihat ialah sekitar jam 9 pagi, bermain bersama sepupu. Rumah nenek mereka pula hanya 50 meter dari kediaman keluarga.

Bapa kanak-kanak kemudiannya menyedari kehilangan tersebut kira-kira jam 11 pagi, dan usaha pencarian segera digerakkan oleh lebih 70 penduduk kampung, sebelum bantuan bomba dan polis tiba.

Menjengah ke ruangan komen video yang tular menerusi akaun Tiktok @sarawakedition, ramai dalam kalangan warganet meluahkan rasa lega kerana dua kanak-kanak tersebut berjaya ditemui. Namun, ramai juga yang tertarik dengan reaksi mangsa apabila dikatakan hanya kelihatan bingung, tidak menangis dan mata mereka kelihatan ‘seram’.

Apa-apapun, dinasihatkan supaya ibu bapa sentiasa ambil langkah berjaga-jaga dengan pergerakan anak-anak kecil terutamanya dalam musim hujan yang tidak menentu sekarang.

@sarawakedition KLIP VIDEO MOMENT penemuan 2 orang kanak2 (5 tahun) yg dilaporkan hilang petang semalam di Kpg Pasir Pandak Kuching #sarawakedition ♬ Sad, serious cinematic – MATSU

Baca juga: Ustaz Kongsi Tanda Rumah Ada Hantu Raya Yang Anda Tak Sedar, Nombor 8 Meremang!

Sumber: Harian Metro, Tiktok @sarawakedition

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×