Sejak semalam, media sosial dibanjiri dengan rakaman dan foto keadaan banjir di seluruh negara. Namun, di sebalik foto pokok terbalik dan kereta rosak akibat banjir, ramai yang tidak sedar bahawa mereka mudah terdedah dengan gigitan lipan berbisa!
Hal ini kerana, arus deras dan air naik mendadak menyebabkan haiwan-haiwan berbisa serta reptilia lain naik ke kawasan yang lebih tinggi termasuklah kawasan rumah penduduk.
Baca juga: Cara Paling Berkesan Halau Lipan ‘Berkampung’ Dalam Bilik Air, Sekali Buat Dah Lari!
Ancaman Senyap Di Musim Tengkujuh, Anda Terdedah Dengan Gigitan Lipan Berbisa!

Foto: Threads @aimirulhailmi
Keadaan ini dikongsikan oleh seorang pengguna di laman Threads @amirulhailmi apabila tiang rumah, pagar, malah kawasan yang biasanya dianggap ‘selamat’ turut menjadi tempat haiwan berbisa ini bertenggek.
Menurutnya, sejak paras air meningkat, lipan dan ular mula mencari laluan selamat untuk menyelamatkan diri dan rumah manusia menjadi pilihan utama.
“Scary merry tengok tiang-tiang pagar rumah. Rumah dinaiki air, pagar dinaiki makhluk berbisa. Hati-hati sahabat-sahabat yang duduk kawasan banjir. Jangan excited main air,” katanya.
Dia turut berkongsi cerita yang membuatkan ramai ‘meremang bulu roma’ apabila kelihatan seekor ular menjalar naik pada pagar rumahnya. Malah, video memaparkan sekelompok lipan di dinding rumah dan berenang-renang di air turut menimbulkan rasa meremang buat orang ramai.
Jangan Teruja Main Air, Bahaya Datang Tanpa Amaran

Foto: Threads @aimirulhailmi
Dalam perkongsian itu, dia mengingatkan orang ramai, terutama ibu bapa, supaya mengawasi anak-anak. Air banjir yang kelihatan tenang sebenarnya boleh menyembunyikan ancaman yang datang tanpa disedari. Air banjir bukan hanya air keruh kerana di sebaliknya terdapat:
- Arus deras yang sukar dijangka
- Lumpur dan serpihan tajam
- Sisa pencemaran
- Haiwan berbisa yang berlindung di kawasan tinggi
Oleh itu, elakkan bermain air atau berjalan di kawasan banjir tanpa keperluan mendesak. Stay safe semua!
Baca juga: DIY Pewangi Anti-Kulat Almari Hanya Guna 3 Bahan Rumah, Kulat Hilang & Baju Pun Harum!
Sumber: Threads @amirulhailmi
