Euforia Bola 2026
Famili

REV Media Group Raih 7 Anugerah Di MDA d’Awards 2026, Kukuhkan Kedudukan Sebagai Penerbit Digital No.1 Malaysia

MDA D'AWARDS

REV Media Group (REV) sekali lagi membuktikan kecemerlangannya dalam industri media digital apabila berjaya merangkul tujuh anugerah pada majlis Malaysian Digital Association MDA d’Awards 2026.

Lebih membanggakan, syarikat media digital terkemuka negara itu membawa pulang dua anugerah utama iaitu Emas bagi kategori Publisher of the Year dan Content Agency of the Year, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai penerbit digital nombor satu di Malaysia.

Baca juga: Hanya 3-5 Minit Setiap Pagi Sebelum Pergi Sekolah, Tanya 5 Soalan Ini Boleh Eratkan Hubungan Dengan Anak!

MDA D’AWARDS 2026, REV MEDIA GROUP RAIH 7 ANUGERAH

MDA D'AWARDS

Secara keseluruhan, REV meraih tiga anugerah Emas dan empat anugerah Perak menerusi pelbagai kategori yang mengiktiraf kecemerlangan dalam penerbitan digital, kandungan berjenama, inovasi teknologi, pertumbuhan audiens, pelaksanaan kempen serta pembangunan bakat.

Anugerah Emas bagi kategori Publisher of the Year dan Content Agency of the Year menjadi bukti keupayaan REV dalam menghasilkan kandungan yang dekat dengan rakyat Malaysia, selain memahami keperluan audiens merentasi pelbagai bahasa, platform dan budaya tempatan.

REV turut menerima pengiktirafan menerusi kategori Best Digital Growth Campaign, yang mengiktiraf kejayaan syarikat dalam mengembangkan capaian audiens serta menghasilkan impak yang signifikan melalui strategi digital yang berkesan.

Selain itu, empat anugerah Perak berjaya diraih dalam kategori Best AI & Digital Tech Products, Best Use of Content / Advertorial / Native Advertising, Best Use of Integrated Screens dan Rising Star.

Kejayaan ini mencerminkan kekuatan REV dalam pelbagai aspek, termasuk pembangunan produk berasaskan kecerdasan buatan (AI), penghasilan kandungan kreatif, pelaksanaan kempen digital bersepadu serta usaha melahirkan bakat baharu dalam industri media.

MDA D'AWARDS

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Group, Samuel Wee, pengiktirafan tersebut merupakan hasil usaha kolektif seluruh warga kerja REV dalam memacu inovasi dan kecemerlangan dalam dunia media digital.

“Anugerah ini mencerminkan segala usaha yang telah kami lakukan merangkumi penerbitan, kandungan berjenama, pembangunan produk AI, pertumbuhan platform serta penyelesaian kempen bersepadu.

Fokus kami sentiasa sama iaitu memahami audiens Malaysia, menghasilkan kandungan yang memberi impak dan memanfaatkan teknologi secara bermakna. Kejayaan ini adalah milik seluruh pasukan REV yang sentiasa berusaha mengangkat standard media digital negara,” katanya.

Pencapaian di MDA d’Awards 2026 ini mengukuhkan lagi kedudukan REV sebagai peneraju media digital tempatan yang sentiasa menitikberatkan inovasi, pertumbuhan audiens dan penggunaan teknologi secara bertanggungjawab.

Dalam masa yang sama, REV turut memainkan peranan penting dalam pembangunan ekosistem digital negara menerusi pelbagai kerjasama industri, inovasi platform serta inisiatif pembangunan belia seperti Tech For Good Youth, yang memberi peluang kepada pelajar mendapatkan pengalaman praktikal dalam bidang kandungan, media dan teknologi.

Dengan pencapaian ini, REV terus membuktikan komitmennya dalam memacu masa depan industri media digital Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×