Euforia Bola 2026
Inspirasi

REV Media Group ‘Sapu Bersih’! Raih 7 Trofi Berprestij Termasuk Penerbit Digital Terbaik 2025

MDA d'Awards

REV Media Group (REV), salah satu penerbit digital terkemuka di Malaysia, muncul sebagai juara besar di acara MDA d’Awards 2025 anjuran Malaysian Digital Association apabila membawa pulang tujuh anugerah.

Antara pencapaian tertinggi adalah dua gelaran utama, Penerbit Digital Terbaik Tahun Ini dan Agensi Kandungan Terbaik Tahun Ini, yang merupakan kategori baharu diperkenalkan pada tahun ini.

Baca juga: Barisan Kepimpinan MDA 2025–2026 Diumumkan, Nicholas Sagau Terajui Sebagai Presiden

MDA d’Awards 2025, REV MEDIA GROUP Menang Besar!

MDA d'Awards

Foto trofi.

Kejayaan ini mengiktiraf komitmen REV dalam menghasilkan kandungan editorial yang berkualiti dan penceritaan berjenama yang memberi impak, selari dengan langkah kumpulan mengembangkan servis agensi kandungannya.

Gelaran Penerbit Digital Terbaik Tahun Ini mengukuhkan lagi kedudukan REV sebagai peneraju dalam industri media tempatan dengan hasil pendekatan kandungan yang mesra audiens, kepimpinan dalam pelbagai bahasa, serta penceritaan yang asli dan sesuai dengan pelbagai platform.

Sementara itu, Agensi Kandungan Terbaik Tahun Ini mengiktiraf keupayaan REV dalam mencipta kempen jenama yang kreatif dan berkesan merentasi pelbagai platform seperti digital, media sosial dan video menerusi pendekatan pemasaran kandungan yang menyeluruh dan bersepadu.

Selain dua anugerah utama itu, REV turut membawa pulang lima anugerah Gangsa dalam kategori berkaitan prestasi dan inovasi, membuktikan kebolehan mereka dalam pelbagai aspek.

Antara anugerah tersebut termasuk:

1. Penggunaan Terbaik AI & Produk Teknologi Digital Lain, menonjolkan pelaburan berterusan dalam teknologi dan analitik audiens untuk meningkatkan pengalaman pengguna.

2. Dua anugerah Gangsa bagi Penggunaan Kandungan/Advertorial/Pengiklanan Asli, mengiktiraf keupayaan REV membina kerjasama jenama melalui penceritaan bermakna.

3. Anugerah Penggunaan Terbaik Inovasi Pemasaran Digital, dan

4. Dua anugerah Gangsa dalam Penggunaan Platform Media Sosial, menunjukkan kecekapan REV menghasilkan kandungan yang sesuai dengan budaya dan platform, sekaligus meningkatkan penglibatan dan membina komuniti.

“Kemenangan kali ini sangat bermakna,” kata Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Group, Samuel Wee.

“Kami bukan sahaja diiktiraf sebagai penerbit digital, tetapi juga sebagai agensi kandungan yang mampu menghasilkan kerja kreatif yang memberi impak besar kepada perniagaan pelanggan. Ini semua hasil usaha gigih dan dedikasi pasukan kami.”

Tahun lalu, REV juga memenangi tujuh anugerah termasuk Penerbit Digital Terbaik Tahun Ini dan turut diiktiraf pada tahun 2023 menerusi platform pilihan raya MyUndi serta kandungan sosial yang inovatif.

MDA d'Awards

Kemenangan tahun ini sekali lagi mengukuhkan peranan REV sebagai peneraju dalam dunia penerbitan digital dan kandungan berjenama di Malaysia. TAHNIAH!

Baca juga: 10 Jenis Doktor Pakar Dapat Gaji Lumayan Di Malaysia, No.3 Boleh Cecah RM60K Sebulan!

Sumber: REV MEDIA GROUP

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×