Euforia Bola 2026
Inspirasi

Transformasi Media, Pengarah Urusan Media Prima Rafiq Razali Dianugerahkan DPSM Gelaran Datuk

rafiq razali

Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Mohd Rafiq Mat Razali atau lebih dikenali sebagai Rafiq Razali, menerima penganugerahan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran Datuk.

Penganugerahan ini adalah sempena sambutan ulang tahun ke-76 Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, di Seri Negeri, Melaka pada 24 Ogos 2025.

Baca lagi: ‘Beauty With Brain’ Puteri Terengganu Tengku Nadhirah Zahrah, Memiliki Aura Diraja & Menjadi Inspirasi Ramai

TAHNIAH! RAFIQ RAZALI, PENGARAH URUSAN MEDIA PRIMA TERIMA DARJAH ‘DATUK’

rafiq razali

Datuk Rafiq yang mula menerajui Media Prima pada 1 Oktober 2021, dikenali dengan kepakarannya dalam transformasi digital, kepimpinan strategik serta pengurusan operasi merentas bidang media, teknologi dan telekomunikasi.

Beliau menyertai Media Prima pada tahun 2016 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Group, dan memainkan peranan penting dalam pengambilalihan aset digital utama yang mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai peneraju media digital negara.

Dari segi akademik, Rafiq merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Aktuari) dari The Pennsylvania State University serta alumni Program Pengurusan Lanjutan (AMP) di Harvard Business School.

Selain peranan korporat, beliau turut aktif dalam pembangunan industri. Pada tahun 2024, Rafiq dilantik sebagai Pengerusi Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia (CMCF) dan baharu sahaja disambung untuk penggal kedua pada Januari lalu.

Bukan itu sahaja, Rafiq juga komited dalam membangunkan bakat baharu apabila berkhidmat sebagai mentor di Endeavor Malaysia, membimbing usahawan tempatan berimpak tinggi untuk berkembang ke peringkat global.

rafiq razali

Foto: Datuk Mohd Rafiq bin Mat Razali

Baca juga: 22 Kali Kemo & 15 Radioterapi, Graduan Pejuang Kanser Berdiri Gah Di Pentas Konvokesyen Genggam Ijazah!

Sumber: Media Prima 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×