Sup sarang burung bukan sekadar hidangan mewah, tetapi juga minuman berkhasiat yang digemari ramai kerana manfaatnya terhadap kecantikan dan kesihatan kulit.
Baru-baru ini, hantaran Facebook oleh May Vo Dyakonov tular selepas berkongsi resipi sup sarang burung homemade yang dimasaknya untuk keluarga besar, sehingga 30 liter sekali masak!
Baca juga: Resipi Kari Daging Sedap Macam Orang Dulu-Dulu Buat, Kena Buat 1 Langkah Ini Baru ‘Kick’
RESIPI SUP SARANG BURUNG ALA ORANG CINA BUAT

Gambar: May Vo Dyakonov
Menurut May, tradisi menyediakan sup ini setiap kali pulang ke kampung sudah menjadi seperti adat buat keluarganya. “Dulu masa miskin dalam mimpi pun tak dapat makan. Sekarang taklah kaya-raya tapi alhamdulillah mampu buat untuk keluarga saya,” tulisnya.
May turut mengakui resipi ini diinspirasikan daripada pencuci mulut tradisional masyarakat Cina, yang terkenal dengan amalan pemakanan sihat dan awet muda.
Bahan-bahan:
- Sarang burung – rendam semalaman
- White fungus (cendawan putih) – rendam semalaman
- Peach gum – rendam semalaman
- Lotus seed (biji teratai) – boleh direndam atau tidak
- Chinese red date (kurma merah Cina) – bilas dengan air
- Goji berries – bilas dengan air
- Gula batu / gula madu / gula perang / gula biasa (ikut citarasa)
- ½ sudu kecil garam
- Daun pandan
Cara penyediaan:

Gambar: May Vo Dyakonov
- Dalam periuk berisi air, masukkan biji teratai, white fungus, longan dan gula batu.
- Rebus dengan api perlahan (slow cooking) selama 40 minit hingga 1 jam.
- Masukkan kurma merah Cina, daun pandan dan garam, kemudian rebus lagi selama 30 minit.
- Akhir sekali, tambahkan goji berries dan peach gum, masak selama 10 minit sebelum padam api.
- Tuangkan sarang burung yang telah dimasak terlebih dahulu ke dalam campuran sup.
May menyarankan hidangan ini dinikmati panas, suam atau sejuk, namun tidak digalakkan dicampur ais. Katanya, lebih enak jika disimpan dalam peti sejuk dan dinikmati selepas sejuk.
Resipi ini bukan sahaja menyihatkan, malah cara manis menyatukan keluarga setiap kali berkumpul di kampung.
Baca juga: Rahsia Nenek Manfaatkan Limau Purut, Antaranya Bau Mulut Hilang & Pemutih Gigi Pun Boleh!
Sumber: May Vo Dyakonov
FT Image: May Vo Dyakonov
