Dalam banyak-banyak kuih raya unik pada tahun ini, biskut durian telah menjadi salah satu fenomena terbaru yang membuatkan orang ramai menggilainya. Dan kemungkinan, harga biskut durian di pasaran agak tinggi kerana permintaan yang tinggi.
Disebabkan itu, kali ini penulis ingin mengajak pembaca membuatnya sendiri di rumah dengan resipi biskut durian yang telah dikongsikan di bawah. Jom belajar buat!
Baca juga: Resipi Rendang Sotong Yang Tersangat Mudah, Proses Masak Pun Tak Sampai Berjam Lama!
RESEPI BISKUT DURIAN

Bahan-bahan:
- 250g butter/marjerin
- 100g gula aising
- 5 biji kuning telur
- 1 sudu teh esen durian
- 550g tepung rose/tepung gandum
- 50g tepung jagung
- 50g serbuk badam
- 2 sudu kecil emplex
- 250g isi durian fresh
** Biji almond (pilihan) dipanggang dahulu biar crunchy.

Bahan salutan:
- 250g white chocolate block
- 100g white chocolate coin Beryl’s
- Sedikit pewarna kuning
*Gandakan sukatan jika buat banyak.
Baca juga: Resipi Biskut Rangup Choc Chip & Red Velvet Paling Laris, Hanya Guna Bahan Yang Sama Je!
Cara memasak:

- Adun butter atau marjerin bersama gula aising sehingga sebati.
- Adun lembut guna spatula sahaja.
- Masukkan kuning telur, esen durian adun sebati.
- Masukkan serbuk badam, isi durian dan gaul sebati.
- Masukkan tepung jagung dan emplex adun sebati.
- Akhir, masukkan tepung biskut atau tepung gandum sedikit demi sedikit.
- Adun sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekit di tangan.
- Adunan mesti boleh digentel lebih kurang adunan Almond London.
- Ambil sedikit doh dan gentel-gentel, bentukkan seperti ulas durian.
Nota:

- Jika suka boleh letak biji badam. Proses macam buat Almond London.
- Susun dalam dulang pembakar, masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 150°c selama 30 minit.
- Ikut oven masing-masing. Sejukkan dahulu sebelum dicelup dengan white chocolate.
Baca juga: Resipi Ayam Masak Kicap Madu, Kuah Pekat Macam Ini Buat Makan Bertambah Pinggan!
Cara adunan coklat:

- Campurkan kedua-dua jenis white chocolate dalam bekas (double boilerkan sehingga cair).
- Asingkan sedikit chocolate warna putih, ketepikan untuk tompok ulas durian.
- Selebihnya letak pewarna kuning sedikit seakan-akan warna isi durian.
- Celupkan biskut durian tadi dan susun atas dulang biar sehingga coklat beku dan mengeras.
- Akhir sekali touch-up dengan chocolate putih ditengah biskut menggunakan berus kecil sebagai tompok ulas durian.
- Biarkan chocolate kering atau beku.
- Susun dalam bekas kedap udara.
Kredit: Empunya resipi
Baca juga: Ketahui Maksud No. CP Pada Minyak Masak, Patutlah Ada Cepat Hitam & Banyak Buih Lepas Guna!
Sumber: Mohd Izul
