Euforia Bola 2026
Dapur

Resepi Biskut Sagu Keju ‘2 IN 1’, Memang Biskut Raya Yang WAJIB Ada Atas Meja Tahun Ini!

biskut sagu

Bila tiba musim perayaan, biskut raya menjadi antara hidangan wajib di atas meja untuk tetamu. Namun, apa kata kali ini kita cuba sesuatu yang unik, iaitu buat biskut sagu dua dalam satu (2in1)!

Resepi ini menggabungkan dua jenis biskut berbeza dalam satu adunan, memberikan kepelbagaian rasa dan tekstur yang pasti memikat selera. Dengan kombinasi sempurna ini, anda bukan sahaja dapat menjimatkan masa dan tenaga, tetapi juga memukau tetamu dengan kelainan yang sedap dan menarik.

Baca juga: Oven Rosak Bukan Masalah Nak Buat Biskut Raya, Jom Buat 11 Biskut Ini, Tak Perlu Bakar Pun!

BISKUT SAGU KEJU 2 DALAM 1, MEMANG SEDAP UNTUK SANTAPAN RAYA!

biskut sagu

Berikut merupakan cara untuk anda buat biskut raya dua dalam satu iaitu Sagu Keju dan Sagu Keju Pandan.

Bahan-bahan:

-1 paket tepung ubi kayu
-1 cawan mentega
-1 cawan gula halus
-2 biji kuning telur
-2/3 cawan santan
-1 cawan keju parut
-Sedikit perisa pandan

Cara-caranya:

1. Mula-mula kacau mentega dengan gula. Lepas itu masukkan juga kuning telur dan santan serta kacau secara perlahan-lahan sahaja.

2. Kemudian masukkan keju yang dah diparut. Boleh parut guna penyagat saja.

3. Akhir sekali, masukkan tepung ubi kayu yang dah disangai. Masukkan sikit-sikit dan kaup balikkan dia.

4. Paipkan atas tray dan hiaskan dengan sedikit keju parut. Untuk yang warna hijau, boleh tambahkan perisa pandan.

5. Bakar pada suhu 150c selama 35-40 minit.

6. Dah siap! Jadilah biskut sagu keju kita yang ada perasa original dan perasa pandan. Memang sedap sangat-sangat kerana rasanya lemak manis masin berkeju lepas itu rangup dan cair di mulut!

biskut sagu

*Mudah bukan? Dalam satu adunan dah boleh buat dua jenis biskut raya!

Baca juga: 6 Resepi Kek Guna Air Fryer, Tiap-Tiap Hari Boleh Buat Kek!

Sumber: Kak MJ

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×