Euforia Bola 2026
Nur

Haram Ke Makan Biskut Atau Kek Yang Berbentuk Haiwan? Sebelum ‘Masuk’ Perut Kena Tahu!

biskut bentuk haiwan

Seiring zaman yang semakin maju, makin pelbagai jenis makanan dicipta dengan bentuk yang menarik, termasuk biskut bentuk haiwan. Namun, timbul persoalan dalam kalangan umat Islam mengenai hukum memakan biskut yang menyerupai haiwan—adakah ia dibenarkan atau terdapat larangan dalam syariat?

Berikut merupakan penjelasan yang anda kena ambil tahu supaya tak salah sangka.

Baca juga: Semak Logo Halal Malaysia Pada Makanan, Pastikan Ada Ciri-Ciri Yang Diiktiraf INI!

BISKUT BENTUK HAIWAN, KITA BOLEH MAKAN KE?

biskut bentuk haiwan

Persoalan ini ditanyakan kepada Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam laman webnya Maktabah Al-Bakri,

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu.”- (Surah al-Baqarah: 172)

Menurut Imam al-Hafiz Ibn Kathir, ayat ini jelas menunjukkan perintah Allah SWT kepada hamba-Nya yang beriman agar memakan makanan yang baik (halal) daripada apa yang telah Allah SWT rezekikan kepada mereka. Selain itu, mereka juga perlu bersyukur kepada Allah SWT di atas kurniaan tersebut jika benar mereka itu adalah hamba Allah SWT. Tambahan pula, memakan daripada apa yang halal merupakan sebab diterimanya doa dan ibadah, sepertimana memakan daripada apa yang haram akan menghalang diterimanya doa dan ibadah. (Lihat Tafsir al-Quran al-’Azim, 1/480)

Syeikh al-Sa’di ketika menafsirkan ayat ini beliau menyatakan: Allah SWT memerintahkan kepada keseluruhan umatnya yang beriman untuk mencari sumber rezeki yang paling baik dan halal. (Lihat Taisir al-Karim al-Rahman, 1/81)

Dalam menjawab soalan di atas, kami katakan bahawa tidak ada masalah untuk membuat beberapa hidangan atau makanan seperti kek dan biskut dalam bentuk berjisim, meskipun dengan bentuk makhluk bernyawa seperti haiwan dan seumpamanya. Ini kerana ia disediakan untuk dimakan dan dihinakan (dengan sebab dimakan itu), dan bukannya untuk disucikan, diagungkan, dan seumpamanya.

Ini bertepatan dengan kaedah fiqh:

الْأَصْلُ فِي الْأَشْيَاءِ الْإِبَاحَةُ حَتَّى يَدُلَّ الدَّلِيلُ عَلَى التَّحْرِيمِ

Maksudnya: “Hukum asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut).” (Lihat al-Asybah wa al-Naza’ir oleh al-Suyuti, hlm. 60).

Baca juga: ‘Pagar’ Rumah Dengan Ayat Surah Ini, Wanita Kongsi Kisah Perompak Tak Bermaya Cari Jalan Keluar!

Sumber: Maktabah al-Bakri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×