Euforia Bola 2026
Dapur

Resepi Serawa Durian Pekat Berlemak, Menu Musim Durian Paling ‘Laku Keras’…Tak Cukup Semangkuk!

serawa durian

Bila musim durian tiba, pelbagai hidangan istimewa mula memenuhi meja makan rakyat Malaysia salah satu yang paling digemari, tentulah serawa durian. Dimasak lemak manis bersama santan, gula melaka dan secubit garam, kuahnya yang pekat dan wangi ini cukup menggoda, apatah lagi bila disuap bersama pulut atau roti.

Lebih dari sekadar pencuci mulut, serawa durian membangkitkan rasa rindu akan suasana kampung di mana kita akan minum petang bersama keluarga. Mari kita cuba!

Baca juga: Cara ‘Rahsia’ Setiap Kali Buat Kulit Karipap Homemade, Mesti Jadi & Tak Serap Minyak!

RESEPI SERAWA DURIAN PEKAT BERLEMAK, SAMA MACAM DI KAMPUNG!

serawa durian

Bahan-bahan ringkas tapi padu:

– 2 ketul gula melaka (saya guna nissang — versi kampung yang lagi wangi!)

– ½ senduk gula pasir

– Daun pandan simpul (bagi aroma naik syahdu)

– Sedikit air

– Santan secukupnya

– Secubit garam

– Isi durian secukupnya

Cara memasak:

1. Mula-mula, masak gula melaka dan gula pasir bersama sedikit air hingga larut sepenuhnya. Masukkan daun pandan sekali, biar naik bau harum.

2. Bila dah cair elok, masukkan santan, isi durian dan secubit garam. Kacau perlahan atas api sederhana, jangan sampai pecah minyak.

3. Bila dah pekat berkrim dan berbau menggoda, boleh angkat.

Nak makan dengan apa? Nikmatilah bersama roti benggali, roti biasa, atau lebih klasik pulut tanak!

serawa durian

*Sedakkk jetak, orang Ganu kata. Confirm licin pinggan!

Baca juga: Senarai 30+ Jenis Ikan & Buah Kena SST 5% Bermula 1 Julai, Epal & Ikan Kembung Pun Jadi ‘Mewah’!

Sumber: Rose Tina Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×