Mungkin ramai yang sudah mengetahui bahawa rendam kaki dalam air suam atau air berisi ais adalah sangat bermanfaat untuk kesihatan badan. Malah, untuk mendapat kebaikan berganda, anda juga boleh tambahkan garam kasar dan lada hitam dalam air rendaman tersebut.
Tujuan meletakkan garam kasar dan lada hitam ini bukan sahaja untuk kesihatan badan merawat penyakit malah dalam perubatan Islam juga digunakan dalam kaedah berkaitan gangguan jin atau sihir. Jom kita cuba!
Baca juga: Perut Kembung & Kerap Sembelit, Kanak-Kanak Usia 19 Bulan Disahkan Derita Kanser Ovari Tahap 3!
RENDAM KAKI GUNA GARAM KASAR DAN DITAMBAH LADA, BADAN LEBIH SEGAR!

Beberapa minggu ni, badan saya rasa lemas dan lemah. Cepat letih, asyik ngantuk aje. Jadi saya teringat video ni dan saya cuba. Memandangkan nak pergi jumpa doktor pun lagi tinggi kos, jadi saya cubalah dulu kaedah #jimatcarabijak ni. Eksperimen sendiri lah gitu.
Bahan:
1.Garam kasar satu dalam 3-4 sudu besar- letak dalam air suam
2.Lada hitam- masukkan satu sudu dalam air suam yang sama
3.Besen untuk masukkan kaki supaya direndam elok.
-Garam jika campur air maka guna sekali saja. Rendam kaki 30 minit sebelum tidur.
-Jika buat campuran kering seperti dalam gambar ini maka boleh guna berkali-kali. Ada yang kata boleh pakai sampai 30 kali.
1. Badan Jadi Ringan
Lepas campur bahan-bahan itu, anak saya seronok main garam itu. Macam main pasir laut dia kata. Saya duduk tenang sambil selawat. Angin keluar dari badan kemain lagi. Penat jugaklah asyik sendawa je, tapi syok habis. Lega, ringan, nyaman, aman!
2. Sistem Pencernaan Lancar
Saya rasa sistem pencernaan dah ada perubahan yang sangat ketara. Sebelum ni memang ada masalah kencing tak lawas, Alhamdulilah lepas buat ini dengan izin Allah, lancar dah segala sistem. LEGA. Macam itu juga buang air besar, lawas. Kalau dipikir macam tak logik je garam + lada hitam ada kesan hebat macam ni.
3. Lutut Tak Lagi Sakit
Ok yang ketiga, lutut kanan ini lama dah agak susah sikit nak lipat. Tak tau apa hal, memang kena paksa baru boleh lipat, tapi sakit la jugak. Hari kedua saya buat je Alhamdulilah dah boleh rasa perubahan. Lutut dah boleh lipat macam biasa, tak rasa sakit dah. Allahu, hebatnya kuasa Allah.
4. Tidur Nyenyak
Keempat, ini pun paling best. Tidur memang nyenyak gila. Tak sedar apa dah. Ujan lebat malam pun tak sedar. Bila kita dapat tidur nyenyak, kita akan dapat tidur yang kualiti. Walaupun tidur lambat tapi bangun pagi mudah dan tak rasa macam sebelum ni, lemah je nak bangun.
Lagi satu, rawatan ni macam urus balik masa tidur kita. Biasakan buat rawatan ni sebelah malam. Lepas buat rawatan ni mata pun terbuai-buai, terus nak tidur. Jadi automatik tidur lebih awal. Kalau tak memang lewat saja tidur. Orang yang susah tidur atau penghidap insomnia memang saya galakkan cuba rawatan ni.
5. Badan Segar Tak Letih
Selepas buat rawatan ini memang dapat rasa badan segar dan tak cepat letih lagi. Macam bateri kene cas je. Ikut kata Ustaz Hanafi, rawatan menggunakan garam dan lada hitam ni juga salah satu cara perubatan Islam terutama yang berkaitan gangguan jin atau sihir. Mengamalkan rawatan ni Insyallah dapat mengelakkan gangguan jin. Jadi sebelum buat tu mulai dengan:
-Bacaan Bismilah 5
-Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
-Baca Ayat Kursi
-Niatkan moga Allah sembuhkan penyakit dan gangguan yang ada dalam diri kita

*Selamat mencuba!
Baca juga: Anak Lelaki Tanya Kenapa Kemaluan ‘Keras’ Waktu Pagi, Ini Jawapan Kena Standby!
Sumber: Fida Firdauz
