Euforia Bola 2026
Famili

Remaja Kanser Tulang ‘Pergi’ Pada Hari Lahir Adiknya & Sempat Hadiahkan Telefon “Abang Sayang Aidil Sangat-Sangat”

kanser tulang

Di sebalik senyum manis dan semangat juang, siapa sangka remaja bernama Muhammad Zafran Hadi bin Mohd Fitrahaizul, 15 tahun, pergi buat selamanya selepas setahun lebih bertarung dengan kanser tulang yang meragut kudrat mudanya.

Pemergian Zafran bukan sahaja ditangisi keluarga, malah turut mengundang sebak orang ramai selepas perkongsian tentang kasih dan pengorbanan adik-beradik itu tular di TikTok.

‘Remaja Hidap Kanser Tulang Meninggal Dunia, Sempat Hadiahkan Telefon Buat Adik’

Baca juga: Anak 11 Tahun Dipukul Dengan ‘Hanger’ Hingga Cedera Sebab Tak Cuci Pinggan, Bapa Didenda RM8,000!

REMAJA HIDAP KANSER TULANG PERGI BUAT SELAMANYA

kanser tulang

TikTok @zfrn_had18

Dalam setiap videonya, terlihat ketabahan seorang abang yang tidak mahu adik-adiknya melihat dia lemah, meskipun tubuhnya semakin susut dan sakitnya makin terasa.

Zafran sebelum ini pernah menarik perhatian ramai apabila dikunjungi beberapa figura terkenal seperti Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan pemain bola sepak kebangsaan Faisal Halim.

Namun, pada jam 1.45 pagi Selasa (21 Oktober), Zafran disahkan menghembuskan nafas terakhirnya, pada hari lahir adik yang paling rapat dengannya, Aidil Haziq.

“Selepas mama dan abah, Aidil lah yang paling banyak teman dan jaga abang. Geng tidur abang, geng sembang bola, geng main game, geng segalanya. Abang sayang Aidil dan semua adik-adik abang,” katanya.

@zfrn_had18

Video ni hari khamis lepas 16/10 Esok 21/10 Hari lahir Aidil haziq, satu-satunya adik lelaki Zafran. Selepas mama dan abah, Aidil lah yang paling banyak teman dan jaga abang. Geng tidur abang… geng sembang pasal bola… geng main game… geng segalanya. Abang selalu sebut, “Abang sayang Aidil, dan semua adik-adik abang.” ❤️ Tahun ni, Zafran nak sangat hadiahkan Aidil telefon baru sebagai tanda kasih untuk adik yang tak pernah berkira, yang selalu ada bila abang perlukan teman. Happy birthday Aidil Haziq, terima kasih, kerana sentiasa jadi adik yang kuat, penyayang, dan setia dengan abang. Abang sayang Aidil… sangat-sangat. ❤️

♬ original sound – zfrn_had18 – zfrn_had18

Menurut perkongsian di TikTok, Zafran disahkan menghidap penyakit itu pada 18 Mac 2023. Dalam tempoh rawatan, beliau menjalani dua pembedahan besar iaitu pemotongan kaki pada 15 Mei dan pembedahan paru-paru pada 13 Ogos selepas kanser mula merebak.

Namun semangatnya tidak pernah padam.

Dalam setiap senyum dan gurauan, Zafran masih sempat memikirkan adik kesayangannya. Impian terakhirnya ialah menghadiahkan telefon baharu buat Aidil, tanda kasih yang tulus daripada seorang abang yang tahu masanya semakin singkat.

“Happy birthday Aidil Haziq. Terima kasih kerana sentiasa jadi adik yang kuat, penyayang dan setia dengan abang. Abang sayang Aidil sangat-sangat,” tulis hantaran di TikTok tersebut.

@zfrn_had18

Happy birthday Aidil Haziq. Terima kasih sebab dah jadi adik terbaik untuk abang zafran🤜🏼🤛🏼

♬ original sound – ying nyl – ying nyl

Baca juga: Cakap Nak Adil Tapi Semua Nak 50-50, Wanita Ini Tunjuk Beza Lelaki Provider vs Jenis Berkira

Jenazah Muhammad Zafran Hadi telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Seri Kundang selepas solat Zuhur pada Selasa.

Pihak keluarga turut memohon doa agar roh Zafran ditempatkan bersama orang beriman.

“Dengan penuh dukacita dan reda terhadap ketentuan Ilahi, kami memaklumkan bahawa Zafran telah kembali ke rahmatullah… Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” kongsi keluarga dalam kenyataan mereka.

@zfrn_had18

Terima kasih Abang Alieff Firdaus kerana telah merealisasikan impian Zafran untuk berjumpa dengan pemain bola sepak kegemarannya, Faisal Halim. Terima kasih juga buat Tengku Zatashah serta semua yang sudi hadir menziarahi Zafran Hadi. Mohon jasa baik kalian untuk terus mendoakan agar segala urusan Muhammad Zafran Hadi dipermudahkan. Semoga Allah SWT membalas segala jasa dan kebaikan kalian semua. 🫶🏻 #cancerfighter #cancerosteosarcoma #faisalhalim #07

♬ original sound – zfrn_had18 – zfrn_had18

Baca juga: Anak Tahan Sebak Tangkap Ayah Main Kayu Tiga Dengan Wanita Seberang “Kenapa Makan Tak Bawa Mak?”

Sumber: TikTok @zfrn_had18

FT Image: TikTok @zfrn_had18

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×