Euforia Bola 2026
Famili

Budak Tahun 5 Perlu Bantuan Tangan Palsu, Reda Tangan Kanan Dipotong Akibat Kanser Tulang Tahap 4!

tangan palsu

Seorang murid tahun lima kini memerlukan bantuan tangan palsu selepas kehilangan tangan kanannya akibat kanser tulang tahap empat atau ‘right humerus osteosarcoma’ yang dideritainya sejak Januari lalu.

Muhammad Iqbal Hakim Baharin, 11, sebelum ini aktif menggunakan tangan kanan untuk menulis dan menjalani rutin harian, kini terpaksa belajar menyesuaikan diri menggunakan tangan kiri setelah menjalani pembedahan pemotongan tangan pada 22 Mei lalu.

Baca juga: Nahas UPSI: Jenazah Muhammad Adib Tenang Seolah Sedang Tidur, Surah Yasin & Al-Mulk Jadi Amalan!

IQBAL HAKIMI PERLU BANTUAN TANGAN PALSU

tangan palsu

Gambar oleh Zuliaty Zulkiffli (NSTP): Muhammad Iqbal Hakim Baharin (tengah) bersama ibu bapa dan adik yang banyak memberi sokongan selepas tangan kanannya terpaksa dipotong akibat kanser tulang tahap empat.

Murid Tahun Lima itu reda dengan ujian yang dilaluinya meskipun dia terpaksa berhenti sekolah kerana perlu berehat selepas menjalani pembedahan itu.

Ibunya, Nor Athykhoh Mohd Nordin, 43, berkata anaknya dikesan menghidap kanser selepas mengadu sakit di bahagian tangan kanan yang disangka lenguh kerana menggalas beg sekolah.

Katanya, namun lama kelamaan sakit yang dialaminya makin kuat sehinggakan anaknya tidak berdaya menahannya.

“Masa itu, saya bawa Iqbal menjalani rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan doktor beritahu anak saya menghidap kanser selepas mengambil sampel dan rawatan lanjut.

“Hancur hati saya apabila doktor memberitahu sel kanser anak saya makin merebak dan tangan kanannya tidak mampu diselamatkan.

“Ketika itu doktor beri dua pilihan sama ada hendak membuang tangan kanannya atau tidak kerana jika pembedahan tidak dilakukan segera dalam tempoh 72 jam, nyawa anak saya dalam bahaya.

“Sebagai ibu, walaupun reda dengan apa yang berlaku saya sedih dan mulanya agak tertekan apabila mendapati anak saya hanya mempunyai satu tangan,” katanya ditemui wartawan Berita Harian di Taman Kobis, pada Khamis.

Baca juga: Kronologi Penuh Nahas UPSI, Gerik Jadi Saksi Pemergian 15 Penuntut Universiti Tersebut!

Sementara itu, Muhammad Iqbal berkata, dia bersyukur kerana rakan-rakan baiknya di sekolah sanggup datang ke rumah untuk berjumpa dengannya sejak dia hilang sebelah tangan.

Katanya, dia rindu untuk ke sekolah bertemu rakan-rakan serta guru untuk belajar seperti dulu demi mencapai cita-citanya sebagai anggota polis.

Baca juga: Dua Beradik Warga Emas Sedekad Tak Bertegur, Dipertemukan Semula Kerana Anak-Anak, Meruntun Hati!

Sumber: Berita Harian

FT Image: Zuliaty Zulkiffli (NSTP)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×