Manusia hanya mempunyai sepasang buah pinggang yang memainkan peranan penting dalam memastikan tubuh kekal sihat. Organ ini berfungsi sebagai penapis semula jadi badan dengan menyingkirkan bahan buangan. Penyakit Chronic Kidney Disease (CKD) atau penyakit buah pinggang kronik sering dikaitkan dengan golongan warga emas, tetapi kini golongan muda makin cenderung menghidap dengan penyakit ini.
Baca juga: 5 Tanda Penyakit Kronik Yang Disangka Sakit Biasa
REMAJA HIDAP PENYAKIT BUAH PINGGANG KRONIK PADA USIA MUDA

Foto: Tiktok @fynakal
Menerusi satu video yang tular di TikTok oleh pengguna @fynakal, seorang remaja lelaki berkongsi pengalaman dirinya yang disahkan menghidap CKD iaitu Chronic Kidney Disease pada usia muda.
Menurutnya, antara punca utama yang menyumbang kepada masalah kesihatan tersebut adalah tabiat pemakanan yang tidak sihat serta pengambilan bahan tertentu secara berlebihan tanpa pemantauan.
Antara golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini ialah:
- Penghidap kencing manis
- Mempunyai darah tinggi
- Mempunyai sakit jantung.
Tabiat Pemakanan Yang Menyumbang Risiko

Foto: Gemini AI
Beberapa amalan dan pemakanan harian yang dianggap remeh sebenarnya boleh memberi kesan jangka panjang kepada buah pinggang, seperti
- Makan mi segera secara kerap
- Minum kopi 3 dalam 1 dan air berkarbonat secara berlebihan
- Makanan bertin
- Produk tenusu
- Penggunaan ubat kurus tanpa nasihat pakar
- Pengambilan produk pemutihan badan dan sebagainya
Pengambilan ini bukan sahaja kurang nutrisi, malah mengandungi bahan kimia yang boleh membebankan fungsi buah pinggang jika diambil secara berterusan.
Reaksi Warganet & Perkongsian Pengalaman
Video berkenaan telah meraih lebih 1.8 juta tontonan. Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa simpati serta mendoakan kesembuhan lelaki tersebut.
Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman sendiri atau ahli keluarga yang turut menghidap penyakit sama.
“Abang ipar suka makan megi dari kecil. Umur 30an check-up dah stage 4 sakit buah pinggang. Makan sesekali tak apa, tapi jangan jadikan rutin.”
“Ya, sebaiknya pergi buat check-up darah untuk tahu keadaan kesihatan. Pengalaman saya sebagai pesakit dialisis sebelum ini, memang tanda-tanda sudah ada seperti kencing berbuih, susah tidur malam, dan kerap kencing waktu malam.”
“Makanlah apa-apa suplemen sekali pun, satu sahaja nasihat, minum air mineral yang banyak. Usung air masak ke mana-mana dan biasakan diri minum air kosong setiap hari.”
Komen-komen ini mencerminkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan buah pinggang serta pengalaman sebenar yang boleh dijadikan pengajaran bersama.
Gaya hidup sihat, pemakanan seimbang serta sikap berhati-hati dalam pengambilan produk kesihatan adalah kunci utama dalam mencegah penyakit ini.
Sebagai langkah awal, masyarakat disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan sebelum mengambil sebarang suplemen atau ubat-ubatan, selain mengamalkan diet yang lebih sihat dan seimbang.
@fynakal Semoga kuat hingga tamat para CKD FIGHTER #ckd #shareawareness #4u #fyp #buahpingangtahpakhir ♬ original sound – FIFIY🐟
Baca juga: Cara Beritahu Doktor Masalah Kesihatan Dengan Betul, Baru Mudah Faham
Sumber: Tiktok @fynakal, Healthline, dan Cleveland Clinic
FT Images: Gemini AI
