Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun berketurunan Orang Asli dikesan buang bayi yang baru dilahirkan di belakang rumahnya di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar, Gerik, pada Ahad baru-baru ini.
Apa yang menyentuh hati orang ramai adalah remaja tersebut mengalami pendarahan teruk akibat bersalin yang sebenarnya sangat berbahaya dan boleh mengundang maut!
Baca juga: Janin Cukup Sifat DIBUANG Di Tandas Stesen Minyak, Video Tular Dedah Si Ibu Sempat Beli Tuala Wanita
REMAJA BUANG BAYI BELAKANG RUMAH, ALAMI PENDARAHAN TERUK

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, kejadian itu terbongkar selepas gadis tersebut hadir ke Klinik Kesihatan dalam keadaan pendarahan teruk.
“Polis menerima panggilan pada jam 5.30 petang apabila pesakit tiba di klinik dengan kecederaan serius pada bahagian kemaluan,” katanya.
Lebih meruntun hati ramai yang membaca berita ini adalah, pemeriksaan mendapati terdapat koyakan besar sebelum dia mengaku baru sahaja melahirkan anak sendirian di rumah. Remaja itu juga memberitahu telah membuang bayi berkenaan di belakang rumahnya.
Susulan pengakuan tersebut, pihak polis bergegas ke lokasi yang dimaksudkan dan menemui mayat bayi berkenaan. Bayi itu bagaimanapun disahkan sudah tidak bernyawa.
Menurut Noor Hisam, kes kini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Kenapa Pendarahan Selepas Bersalin Sangat Bahaya?

Foto: freepik
Ramai dalam kalangan netizen meninggalkan komen bahawa pendarahan yang banyak selepas bersalin sememangnya sangat bahaya buat nyawa si ibu dan juga bayi. Pendarahan selepas melahirkan bayi (postpartum hemorrhage) adalah antara komplikasi paling serius bagi ibu dan kehilangan darah terlalu banyak dalam masa singkat, ia boleh menyebabkan:
- Kejutan (shock) akibat tekanan darah menurun secara mendadak.
- Kerosakan organ penting kerana tidak menerima oksigen mencukupi.
- Risiko maut sekiranya tidak mendapat rawatan segera.
Antara punca utama pendarahan ialah koyakan pada saluran kelahiran, rahim yang gagal mengecut selepas bayi dilahirkan, atau melahirkan tanpa bantuan perubatan yang betul.
Baca juga: Wanita Terkejut Jumpa Beg Berisi Bayi Perempuan Bertali Pusat, Muka Dah Bengkak Digigit Nyamuk…
Sumber: Sinar Harian
