Dalam proses membina sebuah rumah tangga bahagia, memilih calon isteri dan calon suami bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan.
Menurut peguam syarie, Dahlia Shah di laman Tiktoknya, terdapat beberapa ciri pada seseorang wanita yang boleh menjadi amaran awal atau ‘red flag’ bahawa dia mungkin bukan calon isteri yang sesuai. Alamak!
Baca juga: Cara Nak ‘Detect’ Suami BERNAFSU Besar Atau Kecil, Suruh Cik Abang Tulis 3 Huruf Ini
5 Tanda ‘Red Flag’ Calon Isteri Menurut Peguam Syarie

Foto: Freepik
Berikut antara tanda-tanda yang para lelaki boleh perhatikan:
1. Gemar mengugut dengan tindakan undang-undang
Menurut Dahlia, seorang wanita yang sering mengugut pasangan dengan tindakan undang-undang seperti mahu melaporkan ke mahkamah atau polis walaupun hanya berlaku perselisihan kecil adalah petanda bahaya.
“Baru gaduh sikit, ‘aku saman kau nanti!’ Belum kahwin pun dah ugut dengan undang-undang,” katanya.
Tindakan seperti ini boleh menyebabkan si suami hilang peranan sebagai ketua keluarga, sekali gus menjejaskan keharmonian rumah tangga.
2. Tidak hormat keluarga lelaki dan sukar ditegur
Wanita yang tidak boleh ditegur atau enggan menerima nasihat, terutamanya daripada pasangan, serta tidak menghormati keluarga pihak lelaki juga dianggap sebagai ‘red flag’.
Dalam rumah tangga, prinsip saling menasihati dan menghormati keluarga kedua-dua belah pihak amat penting bagi membina hubungan yang sihat.
“Bukan isu ego, tapi tanggungjawab dan perlu hormat keluarga masing-masing,” ujar Dahlia.
3. Berkahwin untuk lari daripada masalah
Dahlia turut menasihatkan agar lelaki berhati-hati dengan wanita yang ingin berkahwin bukan atas dasar cinta, tetapi kerana ingin melarikan diri daripada masalah peribadi, seperti tekanan daripada keluarga.
Wanita seperti ini berisiko menjadikan suami sebagai tempat melepaskan tekanan dan beban emosi lama, yang boleh mencetuskan konflik dalam rumah tangga.
4. Masih terikat dengan isu perkahwinan terdahulu
Wanita yang masih dalam proses penceraian, memiliki tuntutan yang belum selesai seperti mutaah atau idah, atau pernah disaman nusyuz kerana mengabaikan tanggungjawab dalam perkahwinan terdahulu juga perlu diteliti dengan lebih mendalam.
Lelaki disarankan untuk menyiasat latar belakang calon isteri agar tidak terperangkap dalam masalah yang sama.
5. Enggan daftar nikah secara sah
Perkahwinan tanpa pendaftaran yang sah, khususnya yang dijalankan di luar negara seperti di Thailand, turut dikategorikan sebagai ‘red flag’. Walaupun sah dari sudut agama, ia tidak diiktiraf secara sah di sisi undang-undang Malaysia.
“Ajak kahwin senyap-senyap atau kahwin luar negara tanpa daftar biasa penyondol. ‘Asalkan sah akad, tak payah daftar pun tak apa’,” jelas Dahlia.
Wanita yang mempunyai kecenderungan seperti ini boleh menyukarkan suami dari segi perlindungan undang-undang dan memudahkan isteri melarikan diri tanpa sebarang ikatan sah.

Foto: Freepik
Jadi kesimpulannya, lelaki perlu lebih berhati-hati dan tidak hanya menilai dari luaran semata-mata. Seperti yang dikongsikan oleh peguam syarie, Dahlia Shah, mengenal pasti tanda-tanda awal ‘red flag’ boleh membantu mencegah masalah rumah tangga yang lebih besar pada masa hadapan!
Baca juga: Gara-Gara Isteri Tidur Air Liur ‘Basi’ Meleleh, Terus Suami Cerai Dengan Talak TIGA!
Sumber: Tiktok @dhaliashah
