Euforia Bola 2026
Nur

Isu Kalimah ‘Alhamdulillah’ Kembali Hangat, “Individu Bukan Islam Dilarang Guna Kalau…” – Peguam Syarie

alhamdulillah

Penggunaan kalimah Alhamdulillah tidak kira dalam penulisan atau sebutan oleh penganut bukan Islam sebenarnya tertakluk kepada sekatan undang-undang di kebanyakan negeri di Malaysia, khususnya apabila ia digunakan dalam konteks merujuk agama selain Islam.

Baca juga: Mak Ayah Selalu ‘Reject’ Konon Tak Sekufu, Tapi Benarkah ‘Syarifah’ Tak Boleh Kahwin Dengan Bukan ‘Syed’?

PENGGUNAAN KALIMAH ALHAMDULILLAH DILARANG GUNA UNTUK BUKAN ISLAM- PEGUAM

alhamdulillah

Foto: FB Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar

Menerusi laporan Sinar Harian, Peguam Syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menjelaskan bahawa perkara tersebut telah termaktub di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang diguna pakai oleh majoriti kerajaan negeri.

Menurut beliau, walaupun Wilayah Persekutuan tidak meletakkan larangan tersebut, kebanyakan negeri lain menyenaraikan kalimah ‘Alhamdulillah’ sebagai antara perkataan yang tidak boleh digunakan oleh bukan Islam bagi merujuk agama mereka.

“Perkataan Alhamdulillah adalah antara perkataan yang dilarang penggunaannya bagi merujuk agama bukan Islam di kebanyakan negeri walaupun tidak di Wilayah Persekutuan.

“Jika orang bukan Islam mengucapkannya dengan niat merujuk agama bukan Islam, ia boleh dianggap sebagai suatu kesalahan di bawah enakmen tersebut,” katanya menerusi satu hantaran di akaun Threads miliknya pada Khamis.

Dalam perkongsian sama, Datuk Zainul Rijal turut memuat naik tangkap layar senarai kalimah dan ekspresi tertentu yang dilarang digunakan oleh bukan Islam apabila dikaitkan dengan ajaran atau kepercayaan mereka.

Isu ini kembali menjadi perhatian ramai susulan kenyataan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, yang mempersoalkan tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, menggunakan kalimah yang sinonim dengan umat Islam ketika persidangan Dewan Rakyat.

Menurut Siti Zailah, penggunaan kalimah tersebut berpotensi mengelirukan masyarakat bukan Islam serta boleh dianggap sebagai mempermainkan kesucian agama Islam, sekali gus mencetuskan sensitiviti dalam kalangan umat Islam.

Perbincangan ini sekali lagi membuka ruang kepada masyarakat untuk memahami batas penggunaan istilah keagamaan, khususnya dalam konteks perundangan dan keharmonian antara penganut agama di Malaysia.

alhamdulillah

Foto: Threads

*Jangan gaduh-gaduh, kita baca dan fahami bersama supaya tidak timbul perselisihan faham di kemudian hari ya!

Baca juga: Hukum Kubur Digali Semula Untuk Bedah Siasat: Perlukah Ulang Mandi, Kafan & Solat Jenazah?

Sumber: Sinar Harian, Threads @zainulrijal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×