Euforia Bola 2026
Sihat

“Rawatan Kiropraktik Bukan Untuk Semua Orang”- Walaupun ‘Sedap’ Tapi Pakar Jelaskan Risikonya

rawatan kiropraktik

Baru-baru ini tular isu mengenai rawatan kiropraktik yang dikatakan menjadi punca kepada masalah lumpuh malah ada yang meragut nyawa. Namun, urutan ini sangat popular dalam kalangan orang lelaki terutamanya ketika pergi memotong rambut apabila sesi itu akan diakhiri dengan kiropraktik.

Walaupun ada kes-kes mengerikan sebegini namun orang tetap meneruskan rawatan kerana rasa ‘sedap’ dan lega. Adakah kiropraktik sebenarnya selamat?

Baca juga: Cantik & Murah Tapi Berbahaya, Ini Tips Pilih Pinggan Mangkuk Elak Keracunan Plumbum!

RAWATAN KIROPRAKTIK: BETUL KE SELAMAT ATAU ADA RISIKO?

rawatan kiropraktik

Foto: BH Singapura

Ramai orang pilih kiropraktik bila sakit belakang atau leher, tapi tahu tak, rawatan ni tak semestinya selamat untuk semua orang? Ini antara sebabnya berdasarkan penjelasan Dr.Kamarul Ariffin Nor Sadan:

1. Boleh cedera lagi teruk

Kalau teknik tak betul, tulang belakang, cakera (disc), atau saraf boleh tercedera. Hasilnya? Kesakitan bertambah, kebas, kelemahan otot, atau lebih teruk, lumpuh sementara.

2. Tak sesuai untuk penyakit tertentu

Kalau ada osteoporosis, jangkitan tulang, atau kanser, manipulasi kasar boleh buat keadaan bertambah buruk. Jangan ambil risiko tanpa nasihat doktor dulu.

3. Siapa buat rawatan itu?

Ada yang buat rawatan kiropraktik tanpa latihan perubatan yang betul. Kalau tersalah langkah, bukan sihat, tapi tambah masalah.

4. Risiko strok

Manipulasi bahagian leher ada risiko serius – boleh menyebabkan strok akibat kerosakan saluran darah. Memang jarang berlaku, tapi kalau jadi, kesannya sangat besar.

5. Kelegaan sementara, risiko berpanjangan

Kadang-kadang rasa lega lepas rawatan tu, tapi masalah asal tak selesai. Kalau ulang rawatan, risiko kecederaan kekal makin tinggi.

rawatan kiropraktik

Kesimpulannya, Kiropraktik nampak macam penyelesaian cepat, tapi tak semestinya sesuai untuk semua orang. Kalau nak cuba, pastikan dapat nasihat daripada doktor dulu dan pilih pakar yang berkelayakan. Jangan biar tulang belakang jadi eksperimen!
Kesihatan itu tanggungjawab, bukan sekadar ikut trend.

Baca juga: Didakwa Ada Sisa Kimia, Ini CARA TERBAIK Untuk Bersihkan Buah Anggur Shine Muscat Guna 1 Bahan

Sumber: Dr.Kamarul Ariffin Nor Sadan

Foto: Kavacare

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×