Euforia Bola 2026
40 Minggu

Ibu Bapa Arwah Muhammad Al Fateh Yang Maut Di Taska, Dapat ‘Free’ IVF Daripada Tunku Azizah!

rawatan IVF percuma

Ibu bapa kepada bayi 8 bulan yang maut, Muhammad Al-Fateh Amri, selepas didakwa didera pengasuh di sebuah taman asuhan di Melaka terharu apabila ditawarkan rawatan persenyawaan tabung uji (IVF) percuma oleh Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).  Selain pasangan tersebut, rawatan IVF percuma ini turut diberikan kepada 64 pasangan lain yang terpilih.

Baca juga: Kecil Lagi Dah Terpengaruh Trend Solekan, Scha Kongsi Tips Didik Anak Perempuan Bebas Mekap!

RAWATAN IVF PERCUMA

rawatan IVF percuma

Gambar Sinar Harian: Sabrina dan Mohd Fikry Amri ketika ditemui pemberita selepas penyampaian surat tawaran tajaan rawatan IVF TAFF di Dewan Perdana, Hotel Grand Darul Makmur, pada Khamis.

Sabrina Hakiem Zaini, 40, bersama suaminya, Mejar Ir Ts Mohd Fikry Amri Abd Halim, 40, meluahkan rasa syukur atas peluang kedua untuk menimang cahaya mata.

“Alhamdulillah, ALLAH pernah beri saya peluang merasai nikmat menjadi seorang ibu, mengandung, melahirkan, dan menyusukan anak.

“Itu satu anugerah yang tidak semua orang dapat dan saya lebih menghargainya selepas berbual dengan pasangan lain yang sudah bertahun-tahun menunggu peluang melalui TAFF,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Dewan Perdana, Hotel Grand Darul Makmur, pada Khamis.

Majlis penyampaian surat tawaran tajaan rawatan IVF TAFF disempurnakan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Baginda, selaku Pengasas dan Pengerusi Seumur Hidup TAFF menyerahkan sendiri surat tawaran tersebut kepada 65 pasangan yang terpilih untuk menjalani rawatan IVF secara percuma.

Baca juga: Kantoi Suami Pasang Skandal Di Carousell Dengan Isteri Orang, “Ingatkan Dia ‘Shopping’ Rupanya…”

rawatan IVF percuma

Gambar Jabatan Penerangan Pahang: Tunku Azizah bertanya sesuatu kepada Sabrina dan suaminya, Mohd Fikry Amri ketika penyampaian surat tawaran tajaan rawatan IVF TAFF di Dewan Perdana, Hotel Grand Darul Makmur, pada Khamis.

Sabrina yang bekerja sebagai guru berkata, tawaran daripada Tunku Azizah membuka jalan untuk mereka menjalani rawatan IVF selepas tragedi menimpa anaknya, Muhammad Al-Fateh Amri, pada 6 September tahun lalu.

“Saya sangat bersyukur kerana selepas kejadian itu, Tuanku terus memberi kami peluang untuk menjalani rawatan IVF.

“Kami berharap rawatan kali ini berjaya dan sekali lagi diberi rezeki untuk menimang cahaya mata,” ujarnya.

Suaminya, Mohd Fikry Amri mengakui terkejut apabila menerima panggilan daripada pegawai Tengku Ampuan Pahang pada Januari lalu, memaklumkan baginda berkenan menaja rawatan IVF mereka melalui TAFF.

“Saya benar-benar tidak menyangka kes kematian anak kami, Al-Fatih, yang meninggal dunia di rumah pengasuh mendapat perhatian Tengku Ampuan sendiri.

“Kami sangat bersyukur kerana diberikan peluang ini dan menerima tajaan rawatan IVF daripada baginda. Selama 13 tahun kami menunggu untuk mendapat zuriat dan sempat menjaga Al-Fateh selama lapan bulan,” katanya yang bercadang untuk menjalani rawatan IVF di Melaka.

Baca juga: Amalkan DETOX RAHIM Kaedah Singkirkan Toksin Dalam Badan, Ikhtiar Mudah Dapat Anak!

Muhammad Al Fateh Amri maut

Pada September tahun lalu, media melaporkan betapa hancurnya hati pasangan suami isteri itu apabila zuriat yang ditunggu selama 13 tahun maut di taman asuhan kanak-kanak (taska) dalam keadaan menyayat hati.

Lebih menyedihkan, Muhammad Al Fateh Amri baharu lima hari dihantar ke taska berkenaan dan mangsa didakwa dibedung, disumbat botol susu, ditutup dengan kain dan ditekup dengan bantal oleh suspek.

Baca juga: Walaupun Hanya Tolong Buat Kerja Rumah Sikit Tapi Isteri Tetap Bahagia, Suami Kena Alert!

Sumber: Sinar Harian

FT Image: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×