Euforia Bola 2026
40 Minggu

Akhirnya Ada Tangisan Bayi! Pasangan IVF Tajaan Yayasan Tunku Azizah Bergelar Ibu Bapa Selepas 15 Tahun

rawatan IVF

Penantian panjang selama 15 tahun sepasang suami isteri untuk menimang cahaya mata berakhir apabila bayi sulung mereka selamat dilahirkan menerusi rawatan IVF yang ditaja oleh Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).

Abdul Aziz bin Abd Halim dan isterinya, Noor Hamira binti Mohd Sani tidak dapat menyembunyikan rasa syukur dan kegembiraan apabila bayi lelaki seberat 2.97 kilogram itu dilahirkan dalam keadaan sihat pada Jumaat lalu.

Baca juga: Wanita Usia 62 Tahun Buat Rawatan IVF, Kini Disahkan Hamil Enam Bulan!

RAWATAN IVF TAJAAN TUNKU AZIZAH, PASANGAN 15 TAHUN MENANTI BERJAYA TIMANG ANAK

rawatan IVF

Bayi berkenaan diberi nama Mikhael, sekali gus melengkapkan impian pasangan tersebut selepas bertahun-tahun menanti kehadiran zuriat.

Kegembiraan pasangan itu turut dikongsi oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang berkenan bercemar duli berangkat melawat ibu dan bayi di Hospital Selayang, semalam.

Keberangkatan Paduka Baginda jelas mencerminkan keprihatinan dan kasih sayang terhadap pasangan penerima tajaan, malah baginda kelihatan ceria meluangkan masa bertemu Mikhael yang mencatat sejarah sebagai bayi ke-150 dilahirkan hasil inisiatif Yayasan Fertiliti Tunku Azizah sejak penubuhannya pada tahun 2004.

“Tiada kata yang dapat digambarkan Abdul Aziz bin Abd halim dan Noor Hamira binti Mohd Sani selain bersyukur dan gembira apabila melihat bayi lelaki seberat 2.97 kilogram yang diberi nama Mikhael lahir dengan selamat dan sihat.

“Kegembiraan sama turut dikongsi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang berkenan bercemar duli berangkat melawat ibu dan bayi di Hospital Selayang,” jelasnya.

rawatan IVF

Untuk rekod, Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) yang diasaskan atas ilham dan usaha Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang sejak 21 tahun lalu telah menaja seramai 553 pasangan suami isteri dari seluruh negara yang berdepan kesukaran mendapatkan cahaya mata.

Inisiatif ini bukan sahaja membawa sinar harapan kepada ratusan keluarga, malah menjadi bukti komitmen berterusan institusi diraja dalam membantu masyarakat yang memerlukan, khususnya pasangan yang diuji dengan masalah kesuburan.

Baca juga: Ibu Menyusu Di Tempat Awam Dianggap Tak Malu? Tapi Masyarakat Perlu Faham 4 Situasi Ini

Sumber: Facebook Kesultanan Pahang

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×