Mak ayah pening kepala bila si manja asyik minta nak tonton kartun kanak-kanak di Youtube? Belum terlambat sebenarnya untuk melindungi si kecil daripada terpengaruh dengan unsur negatif yang banyak disiarkan di laman ini.
Mungkin nama rancangan tersebut dirasakan comel dan tiada masalah namun, perhatikan beberapa watak kartun yang dikongsikan ini dan elakkan daripada anak menontonnya. Bahaya!
Baca juga: Perut Kembung & Kerap Sembelit, Kanak-Kanak Usia 19 Bulan Disahkan Derita Kanser Ovari Tahap 3!
9 KARTUN KANAK-KANAK YANG SEBENARNYA BAHAYA, ADA KONTEN GANAS!
Kartun ini semua boleh ganggu perkembangan emosi dan mental anak kerana mengandungi unsur ‘violence & aggression’. Jika nampak anak tertengok kartun ni di Youtube cepat cepat minta mereka tutup.
1.Kissy Missy

Ia tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah sekolah menengah. Kajian menunjukkan pendedahan kepada media visual yang menakutkan boleh menyebabkan kebimbangan jangka panjang, tekanan emosi dan gejala fizikal pada kanak-kanak di bawah usia 14 tahun.
2.Siren Head

Siren Head adalah raksasa yang sangat ganas yang menyebabkan bahaya, kecederaan serius atau bahkan kematian kepada orang lain. Umur untuk menonton Siren Head ialah 18 tahun ke atas dan oleh itu tiada kanak-kanak sepatutnya menonton apa-apa mengenai kartun ini.
3.Huggy Wuggy

Kartun dan karakter ini termasuk dalam kategori keganasan dan seram, seperti ada darah dan keganasan sederhana.
4.Happy Tree Friends

Rancangan ini mempunyai banyak konten memaparkan darah tetapi ia tidak realistik kerana ia adalah kartun yang menyamar untuk kanak-kanak.
5.Cartoon Cats

Nama macam comel tapi penuh dengan banyak adegan berbahaya untuk kanak-kanak seperti haiwan mengancam satu sama lain seperti bunuh dalam plastik dan biarkan lemas.
6.Rainbow Friends

Rancangan ini belum terbukti buruk untuk kanak-kanak, tetapi ia mungkin tidak sesuai untuk kebanyakan kanak-kanak kecil yang mempunyai sistem psikologi lemah, atau mereka yang persepsi dunianya belum terbentuk lagi.
7.Among Us

Sesetengah kanak-kanak yang main permainan video ini mungkin mengalami buli, gangguan atau pendedahan kepada bahasa atau kandungan yang tidak sesuai dengan keganasan grafik.
8.Long Horse

Ini merupakan karakter yang masih ramai tidak tahu tapi katanya matlamat Long Horse ini adalah untuk memberi amaran kepada manusia tentang bahaya yang akan datang. Jika manusia mendengar leher retak atau melihat leher panjang makhluk itu, mesejnya ialah bencana akan berlaku. Aneh!
9.Mommy Long Legs

Antara maklumat yang telah dikeluarkan oleh pengkaji ialah penambahan watak baharu, termasuk Mommy Long Legs dan Kissy Missy. Seperti Huggy Wuggy, watak-watak baharu ini mempunyai nama yang boleh dikatakan ‘naif’ yang mungkin kedengaran mesra kanak-kanak tetapi boleh mengganggu dan menjengkelkan kanak-kanak secara visual.
*Bahaya betul kalau dibiarkan. Nampak nama macam comel-comel rupanya ajar anak kita pukul dan bunuh!
Sumber: Utusan TV, Taufiq Razif
