Euforia Bola 2026
Didik

Papar Visual Aneh & Mengarut, Kartun Viral ‘Tung Tung Sahur’ & ‘Tralalero Tralala’ Boleh Rosakkan Otak Anak!

tung tung sahur

Dalam era digital hari ini, kanak-kanak semakin mudah terdedah kepada pelbagai jenis kandungan animasi melalui telefon pintar dan media sosial. Walaupun kartun sering dianggap sebagai hiburan ringan dan selamat, hakikatnya terdapat sebilangan besar animasi yang menampilkan elemen luar biasa, pelik seperti kartun viral Tung Tung Sahur dan Tralalero Tralala.

Tanpa pemantauan daripada ibu bapa, kandungan dalam kartun yang disangka hiburan ini berpotensi memberi kesan negatif terhadap cara berfikir anak sejak usia muda!

Baca juga: AWAS, Jangan Bagi Anak Tengok 9 Karakter Kartun Ini Dalam Youtube, Boleh Jejas Mental!

Kayu Bercinta Dengan Cappucino?TUNG TUNG SAHUR & TRALALERO Buat Otak Rosak!

tung tung sahur

Contoh gambar animasi Tung Tung Sahur.

Seperti yang dikongsikan di laman Instagram seorang Pendidik Keibubapaan Disiplin Positif Bertauliah, Nurul Utami, salah satu contoh terbaharu yang menarik perhatian kanak-kanak ialah animasi aneh bertajuk Tung Tung Tung Sahur. Ramai ibu bapa mungkin tidak menyedari bahawa kartun ini menampilkan karakter utama berupa sebatang kayu berbadan manusia, ditemani oleh watak wanita berkepala cawan cappuccino.

Jalan ceritanya sering kali tidak masuk akal, dengan elemen visual yang mengarut dan sukar difahami. Malah, tontonan berulang boleh jejaskan daya fikir anak kerana anak kecil masih belum cukup matang secara mental dan terkesan dengan kandungan seperti ini.

Contohnya, seorang anak mungkin sudah tahu bahawa cappuccino adalah sejenis minuman. Namun, apabila kartun menggambarkan minuman tersebut sebagai manusia yang mempunyai pasangan, bercinta dan berkeluarga, ia boleh mengelirukan minda anak. Kandungan sebegini yang bercanggah dengan logik boleh mengganggu kemampuan anak untuk berfikir secara kritis dan rasional.

Suruh anak kongsi apa dia faham dan pantau kandungan yang ditonton

Jika anak anda sudah terbiasa menonton kartun sebegini, ibu bapa disarankan untuk mula mengawalnya dengan bijak. Sediakan alternatif tontonan yang lebih bermanfaat dan sesuai untuk peringkat umur mereka.

Dalam masa yang sama, galakkan anak untuk bercerita tentang apa yang mereka tonton dan dengarkan bagaimana mereka memahaminya. Gunakan fakta yang mudah difahami untuk membantu anak menilai kandungan tersebut dengan lebih baik.

*Hati-hati, ibu bapa merupakan individu pertama yang akan mencorakkan pemikiran anak untuk masa hadapan dan kawal apa yang anak-anak tonton setiap hari!

Baca juga: Rekaan Vape Seperti Marker Pen & Snek Coklat Berleluasa Di Kalangan Pelajar, Ibu Bapa & Guru Mohon ALERT!

Sumber: Instagram @tamiinurul

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×