Pusara Zara Qairina kini menjadi saksi kasih sayang dan keprihatinan masyarakat yang tampil secara sukarela bagi mencantikkan tempat persemadian adik kecil itu. Apa yang dilakukan oleh mereka bukan sekadar kerja gotong-royong, tetapi hadir dari hati yang penuh simpati dan rasa kemanusiaan.
Dalam perkongsian yang tular, kelihatan wajah-wajah sukarelawan yang sanggup turun padang dengan membawa tenaga, masa, malah wang ringgit sendiri.
RAKYAT TURUN MENCANTIKKAN PUSARA ZARA QAIRINAA

Gambar oleh LAHAD DATU Update
Mereka membersihkan kawasan tanah perkuburan, menanam rumput, menghias dengan batu putih serta menambah landskap kecil agar pusara tampak lebih teratur dan indah.
Semua ini dilakukan tanpa paksaan, semata-mata kerana rasa kasih yang masih hidup walaupun Zara Qairina sudah pergi menghadap Ilahi.
Sikap prihatin ini memberi gambaran jelas bahawa masyarakat masih menjunjung tinggi nilai kemanusiaan. Walaupun bukan darah daging sendiri, mereka tidak keberatan mencurahkan bakti.
Malah, kerja bersama ini menjadi medan untuk menyatukan hati, memperkukuh hubungan sesama insan dan menghidupkan semangat gotong-royong yang semakin pudar dalam kehidupan moden.
Tindakan sukarela ini juga memberi pengajaran bahawa setiap insan yang telah pergi tetap berhak diraikan dengan penuh hormat.
Kehadiran orang ramai di pusara Zara Qairina menjadi bukti bahawa ingatan dan doa tidak pernah putus, bahkan terus mengalir dalam bentuk amal kebajikan.
Baca juga: Bayi 7 Bulan Derita Gagal Fungsi Hati, Kini Perlu Sumbangan Ramai Untuk Jalani Pembedahan!

Gambar oleh LAHAD DATU Update
Lebih menyentuh hati, inisiatif ini berlaku dalam suasana masyarakat masih dibayangi kes tragis Zara Qairina yang mengundang gerakan #JusticeForZara di Malaysia dan luar negara. Gerakan itu menzahirkan solidariti orang ramai yang menuntut keadilan buat arwah.
Kini, usaha mencantikkan pusara pula menjadi simbol kasih yang tidak pernah padam, selain mengingatkan semua pihak agar terus memperjuangkan keadilan serta menjaga kebajikan kanak-kanak.
Sumber: LAHAD DATU Update
FT Image: LAHAD DATU Update
