Euforia Bola 2026
Inspirasi

Pencetus #JusticeForZaraQairina, Ustazah Marhamah Rosli Kini Timbalan Menteri Agama, Mari Kenali Siapa Beliau

Ustazah Marhamah Rosli

Pelantikan Ustazah Marhamah Rosli sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mencuri perhatian ramai apabila namanya diumumkan dalam rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sekali gus, menandakan satu fasa baharu dalam landskap dakwah dan kepimpinan agama negara.

Beliau yang dikenali sebagai pencetus gerakan #JusticeForZaraQairina sebelum ini, sering tampil berkongsi perkembangan berkaitan inkues kematian pelajar Tingkatan Satu itu, berdasarkan nasihat perundangan sehingga mendapat sokongan meluas masyarakat dalam dan luar negara.

Baca juga: Permaisuri Curi Tumpuan Beraksi Di Sukan SEA 2025, Termasuk 3 Keluarga Diraja Ini Menyerikan Temasya!

USTAZAH MARHAMAH ROSLI JADI TIMBALAN MENTERI AGAMA

Ustazah Marhamah Rosli

Gambar: BERNAMA

Pelantikan ini dilihat sebagai satu pengiktirafan terhadap ketegasan beliau memperjuangkan keadilan serta kebajikan awam.

Ustazah Marhamah Rosli kini bergandingan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hassan. Ramai beranggapan lantikan ini membawa nafas baharu dalam pendekatan dakwah, khususnya yang menyentuh aspek kemanusiaan, undang-undang dan pembangunan sosial.

Sebelum menyertai pentadbiran kerajaan, Ustazah Marhamah aktif sebagai penceramah bebas dan aktivis kebajikan.

Beliau juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah Sabah serta pengasas kepada pelbagai inisiatif pendidikan dan dakwah yang memberi fokus kepada golongan asnaf dan masyarakat pedalaman.

Selain aktif berdakwah, beliau turut dikenali sebagai penceramah seminar motivasi Al-Quran Soul to Soul, di samping mengasaskan jenama Soul to Soul dan Mahabbah Muslimah yang memberi tumpuan kepada pembangunan spiritual dan kekuatan wanita Muslimah.

Baca juga: Ayah, Mom & Uncle Ezwan Sama-Sama Hantar Engku Aleesya Ke Oxford, Bersatu Hati & Komunikasi Matang Jadi Contoh!

Info menarik Ustazah Marhamah Rosli

Marhamah Rosli

Gambar Facebook Ustazah Marhamah Rosli (1), (2) & (3).

  1. Berasal dari Sabah dan memiliki latar belakang pendidikan dalam bidang undang-undang sejak peringkat diploma.
  2. Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2010.
  3. Pernah mengikuti pengajian Bahasa Arab di Universiti Sains dan Teknologi Sana’a, Yemen.
  4. Aktif mendalami ilmu Al-Quran termasuk pengajian Kaedah Rasm Uthmanim di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin.
  5. Pengasas Sekolah Anak-Anak Asnaf, Pusat Pendidikan Bayu Raudhah Sabah.
  6. Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah Sabah dan penggerak utama kerja kebajikan di Sabah.
  7. Dianugerahkan Wanita Inspirasi 2024 serta Anugerah Pembangunan Modal Insan 2024 atas sumbangan dakwah dan sosial.
  8. Pernah menerima pengiktirafan sebagai Ikon Wanita Motivasi & Inspirasi 2023 bagi Daerah Tawau.
  9. Memiliki tauliah mengajar agama dan Al-Quran di Negeri Sabah serta pernah menerima tauliah di beberapa negeri lain.
  10. Mengurus dan mengasas pelbagai pusat pengajian agama termasuk kelas muallaf dewasa, KAFA, pondok pengajian serta akademi Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.

Pelantikan Ustazah Marhamah Rosli bukan sekadar membawa wajah baharu dalam kepimpinan agama, malah mencerminkan harapan besar masyarakat terhadap pendekatan lebih inklusif, berprinsip dan berpaksikan keadilan dalam pentadbiran hal ehwal Islam di Malaysia.

Ustazah Marhamah Rosli

Gambar Facebook Ustazah Marhamah Rosli (1), (2) & (3).

Baca juga: Hafiz 30 Juzuk & 11A SPM, Muhammad Adam Tolak Tawaran Tajaan Belajar Yang Lain Demi Jadi ‘Pilot’

Sumber: Mingguan Wanita / Sinar Plus

FT Image: Ustazah Marhamah Rosli (1) /  BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×