Sejak kebelakangan ini, nama YAM Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah, puteri sulung Sultan Terengganu, kerap disebut sebagai antara kerabat paling menawan dan berpendidikan tinggi. Dengan latar belakang akademik yang cemerlang, keperibadian anggun, serta komitmen terhadap warisan budaya, ramai melihat baginda sebagai lambang ‘beauty with brain’ yang sempurna.
Menariknya lagi, apabila netizen mula ‘approved’ bahawa baginda merupakan calon yang cukup sepadan untuk digandingkan dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Pemangku Raja Pahang yang juga dikenali dengan sifat berjiwa rakyat, bijaksana dan berkarisma.
Baca juga: ‘Prince Charming’ Di Alam Nyata, Ini Biodata Penuh Tengku Hassanal Yang Ramai Nak Tahu!
Latar Belakang Diraja & Asal-Usul YAM Tengku Nadhirah Zahrah Yang Manis

Foto: IG Tengku Nadhirah Zahrah
YAM Tengku Nadhirah Zahrah binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin merupakan anakanda sulung Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan ke-16 Terengganu, dan Sultanah Nur Zahirah. Beliau dianugerahkan gelaran Tengku Puteri Utama Raja sempena istiadat darjah kebesaran negeri pada tahun 2019.
Dilahirkan pada 18 Disember 1996, baginda juga memiliki tiga adik: Tengku Muhammad Ismail (Yang di-Pertuan Muda), Tengku Muhammad Mua’az (Tengku Sri Setia Mahkota Raja), serta adinda perempuan, Tengku Fatimatuz Zahra’.
Menyentuh tentang kecemerlangan akademik, Tengku Nadhirah telah menamatkan pengajian Master dalam bidang tekstil dari University for the Creative Arts (UCA), United Kingdom pada Julai 2025, selepas terlebih dahulu meraih ijazah sarjana muda dari universiti yang sama.
Malah, yang menguatkan lagi ikatan ‘jodoh’ antara Puteri Terengganu ini dengan kerabat Pahang adalah apabila, Tengku Nadhirah menamatkan pengajian bersama-sama Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah, puteri bongsu kepada Sultan Pahang dan adinda kepada Tengku Hassanal.
@gadgetjaya #tengkuhassanal #foryoupageofficiall #tunkuazizahmaimunahiskandariah #fypシ゚viral #fypシ #tunkuazizah ♬ Jeritan Hati – Cut Zuhra
‘Beauty with Brain’, Terserlah Aura Diraja

Foto: IG Tengku Nadhirah Zahrah
Prestasi akademiknya mendapat pujian ramai sebagai simbol ‘beauty with brain’, di mana baginda dikagumi bukan sekadar rupa, tetapi kecerdasan juga.
Selain akademik, Tengku Nadhirah juga aktif dalam sukan menyelam skuba, minat yang diwarisi dari ayahandanya.
Dalam potret rasmi terbaharu, Tengku Nadhirah kelihatan memukau dalam baju kurung moden songket berwarna biru diraja, rekaan pereka diraja Radzuan Radziwill untuk jenama Songket Diraja Terengganu. Busana itu dihiasi sulaman benang emas halus dan dipadankan dengan aksesori diraja seperti selempang dan darjah kebesaran.
Wajah Tengku Nashirah digambarkan sebagai jelita, lembut dan pemalu, sempurna sebagai cerminan ciri wanita Melayu klasik dan sopan. Penampilan ini menaikkan aura baginda sewaktu menghadiri acara rasmi seperti Majlis Santapan Diraja sempena Hari Keputeraan Sultan.

IG: Tengku Nadhirah Zahrah
*Kalau dah sama-sama sepadan dan ‘solo’, apa salahnya kan?
Baca juga: Kenali Wajah Putera & Puteri Kerabat Diraja Pahang, Pasti Ramai Nak Tahu!
Sumber: Nona, IG @tgputerinadhirah, Sinar Plus
