Di media sosial, semakin ramai ibu bapa yang berkongsi kisah mengenai anak istimewa mereka dan itu membuatkan ramai tertanya-tanya tentang punca autisme.
Autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) merupakan satu gangguan perkembangan neurologi yang memberi kesan kepada cara individu berkomunikasi, berinteraksi dan memproses maklumat.
Baca juga: Ciri-Ciri Anak Alami Disleksia Yang Selalu Diabaikan, Jangan Suka-Suka Anggap Si Kecil Pemalas
7 PUNCA AUTISME YANG RAMAI IBU AYAH BELUM TAHU

Freepik
Berikut merupakan 7 punca autisme:
1. Faktor genetik
Kajian menunjukkan bahawa jika seseorang dalam ahli keluarga mengalami autisme, risiko untuk individu lain dalam keluarga itu turut menghidap autisme adalah lebih tinggi.
2. Ibu bapa sudah berusia
Punca autisme yang selanjutnya adalah umur ibu bapa semasa mengandung di mana yang lebih berumur berkemungkinan akan mempunyai anak autisme.
Faktor ini mungkin berkaitan dengan perubahan dalam sel-sel pembiakan yang berlaku seiring dengan peningkatan usia.
3. Ibu lahirkan anak pertama ketika umur 35 ke atas
Ibu melahirkan anak pertama ketika umur 35 tahun ke atas atau ayah berusia 40 tahun ke atas juga antara punca autisme. Hal ini kerana berkait rapat dengan risiko genetik dan perubahan biologi yang berlaku dengan peningkatan usia.
4. Jangkitan semasa kehamilan
Buat anda yang tidak tahu, jangkita semasa hamil juga boleh menjadi punca autisme. Ibu yang mengalami jangkitan tertentu semasa hamil seperti rubella, toksoplasmosis atau cytomegalovirus (CMV) berisiko melahirkan anak dengan masalah perkembangan neurologi, termasuk autisme.
5. Masalah ketika bayi lahir
Keadaan seperti kelahiran pramatang (sebelum minggu ke-37), kekurangan oksigen semasa kelahiran, atau kecederaan otak boleh menjejaskan perkembangan sistem saraf bayi.
Proses kelahiran yang sukar atau trauma juga boleh memberi kesan kepada otak bayi yang sedang berkembang.
6. Ibu terdedah kepada bahan toksik
Pendedahan kepada bahan kimia toksik semasa kehamilan, termasuk racun serangga (pestisid), boleh memberi kesan kepada perkembangan janin.
Sesetengah bahan kimia boleh mengganggu hormon atau merosakkan sistem saraf janin, yang berpotensi menyebabkan gangguan perkembangan seperti autisme.
7. Punca autisme – terdedah kepada logam berat: raksa, kadmium, timah
Akhir sekali, terdedah kepada logam berat seperti raksa, kadmium, dan timah diketahui boleh merosakkan sistem saraf, terutamanya dalam janin dan bayi yang sedang membesar.
Pendedahan kepada logam berat ini sama ada melalui makanan, udara, atau bahan pencemar industri boleh meningkatkan risiko gangguan perkembangan neurologi, termasuk autisme.
Baca juga: Bila Anak Tanya Maksud Bersetubuh, Jangan Terus Marah! Tapi Jawab Dengan Cara Ini…
Sumber: Pusat Terapi Jiwa Damai
