Euforia Bola 2026
Famili

10 Video CCTV Dimainkan Ketika Prosiding Zayn Rayyan, Nampak Mangsa Dalam Longkang

prosiding zayn rayyan

Prosiding Zayn Rayyan hari ini di Mahkamah Sesyen memaparkan 10 rakaman video antaranya memaparkan kelibat yang dipercayai Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin dalam longkang.

Sepuluh rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) dimainkan ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sabrina Zubairi, pada perbicaraan hari ke-16 kes pengabaian dihadapi ibu bapa kanak-kanak itu, Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan isteri, Ismanira Abdul Manaf, 30, di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Baca juga: Kes Samun Rumah Guna Taktik Baru, Matikan Fius Elektrik & Serang Bila Tuan Rumah Keluar!

PROSIDING ZAYN RAYYAN: 10 RAKAMAN DITAYANGKAN HARI INI

PROSIDING ZAYN RAYYAN

Kredit: BH Online

Saksi pendakwaan ke-26, Juruanalisis Kanan Siasatan Audio Video yang merupakan Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Asisten Superintendan (ASP) Latifah Abdul Aziz, berkata pegawai penyiasat mengkhususkan kepada dua rakaman video.

Bertajuk ‘CCTV nampak mangsa dalam longkang’ pada 5 Disember 2023 (hari kehilangan Zayn Rayyan) jam 12.13 tengahari iaitu baju putih dalam longkang dan rakaman video bertajuk ‘saksi berlari’ pada jam 12.08 tengahari memakai baju hitam ‘berlari’.

“Hasil analisis dan pemeriksaan mengenal pasti imej yang kemudian di tangkap layar (capture), dibesarkan dan dijalankan proses ‘enhancement’ (penambahbaikan) bagi tujuan menjelaskan kualiti imej.

“Saya berjaya ‘capture’ sembilan imej yang berkaitan, bagaimanapun saya dapati daripada imej ini wajah individu dipercayai mangsa tidak berjaya dikeluarkan, kurang jelas dan kabur, ini kerana terdapat pagar di antara kedudukan CCTV dengan subjek difokuskan,” jelasnya.

6 rakaman video daripada folder CCTV ‘Econsave Ibu Mangsa’ diproses

Tambahnya lagi, Latifah juga diminta pegawai penyiasat untuk memproses enam rakaman video daripada ‘folder’ CCTV ‘Econsave Ibu Mangsa’ pada jam 11.54 hingga 11.57 pagi, tarikh sama dengan mengkhususkan imej individu memakai tudung warna hitam, baju bunga hijau bawa beg ‘purple’ putih dan kelibat ibu mangsa bawa barang dari pasar raya itu menuju ke motosikal.

Dalam pada itu, Haresh Mahadevan yang merupakan peguam bela mewakili pasangan suami itu, berdasarkan rakaman CCTV di pasar raya, pakaian yang dipakai Ismanira adalah berwarna baju bunga hijau, bertudung hitam dan membawa beg berwarna ungu putih.

Latifah menjawab betul.

Haresh: Ibu mangsa pada bila-bila masa dalam rakaman CCTV tidak memakai baju putih, betul atau tidak?

Latifah: Betul

Haresh: Adakah ASP tahu dalam keterangan di mahkamah, kanak-kanak memberi keterangan bersumpah mengatakan bahawa arwah Zayn hanya lari tiga langkah ke hadapan daripada dia?

Latifah: Saya tidak tahu

Haresh: Setuju saya cadangkan dalam semua rakaman membabitkan saksi berlari, tiada sebarang kelibat kanak-kanak berlari tiga langkah di hadapan?

Latifah: Betul

Haresh juga meminta CCTV di kaunter pasar raya itu dimainkan semula agar Latifah dapat melihat ibu mangsa membayar menggunakan kad atau sebaliknya.

Haresh: Ibu mangsa berada di pasar raya semasa rakaman dimainkan, setuju saya cadangkan menggunakan kad untuk membuat pembelian?

Latifah: Betul

Haresh: Barang dimasukkan dalam beg adalah spageti, betul?

Latifah: Betul

Pertuduhan ke atas Zaim Ikhwan dan Ismanira dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung 21 April ini.

Baca juga: Suami, Isteri & Anak Usia 2 Tahun Antara Yang Maut Dalam Nahas 4 Kenderaan Di Kluang

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×