Tular satu pendedahan mengejutkan tentang program motivasi wanita yang didakwa menyeleweng dan bercanggah dengan ajaran Islam. Diiklankan sebagai ‘kursus healing’ untuk wanita, program ini didakwa menyelitkan unsur spiritual asing, ritual pelik beronani, teknik urutan faraj, dan penjualan alat seks atas nama terapi.
Lebih membimbangkan, hampir kesemua peserta yang terlibat adalah wanita Muslim dan kebanyakannya isteri yang menghadapi masalah rumah tangga. Apa yang sebenarnya berlaku?
“LAGI BEST SEKS TANPA SUAMI”- TULAR RITUAL PELIK WANITA BERONANI & JAMPI SUAMI IKUT AMALAN CHAKRA

Menurut perkongsian dalam laman media sosial, mereka yang terlibat terpaksa membayar ribuan ringgit untuk mengikuti program tersebut, yang pada awalnya digambarkan sebagai cara untuk menyemarakkan semula hubungan suami isteri.
Pendedahan ini dimulakan oleh aktivis wanita, Masyitah Ashari, yang berkongsi secara terbuka pengalaman dan maklumat berkaitan program tersebut di media sosial. Menurutnya, peserta diajar teknik digelar ’13 Jampi Hati Suami’ yang dikaitkan dengan konsep chakra iaitu titik tenaga dalam tubuh manusia menurut kepercayaan Hindu.
Lebih aneh, simbol Cleopatra dijadikan ikon wanita unggul, walaupun sejarahnya penuh dengan kontroversi dan jauh dari acuan wanita Muslimah.
Antara perkara paling mengejutkan adalah pendedahan mengenai teknik urutan faraj yang dikenali sebagai Yoni Massage. Menurut Masyitah, terdapat seorang lelaki warga Indonesia yang melakukan urutan intim ini ke atas peserta wanita, atas nama ‘membuka tenaga tersekat’ dan ‘penyembuhan trauma’.
Difahamkan, program ini dijenamakan semula sebagai Touch Of Ecstasy (TOE) dan dikendalikan oleh pasangan suami isteri, Rahim Shukur dan Diyana Tahir, di bawah nama eHati. Kursus ini menampilkan gabungan spiritualiti, seksualiti dan motivasi yang dilihat semakin menyimpang dari ajaran agama.
Apa Itu Yoni Massage Yang Sangat Kontroversial?

Foto teknik urutan yang tular.
Yoni Massage berasal daripada ajaran Tantra Hindu dan New Age Movement iaitu satu bentuk kepercayaan kerohanian moden yang menekankan keseimbangan tenaga maskulin dan feminin dalam tubuh.
Istilah “yoni” dalam bahasa Sanskrit merujuk kepada alat kelamin wanita yang dianggap ‘suci’ dalam kepercayaan tersebut. Teknik ini melibatkan urutan bahagian luar dan dalam faraj menggunakan jari, kononnya untuk membuka ‘energy block’ dan menyembuhkan trauma emosi.
Namun, banyak pengamal kesihatan mental dan perubatan moden menolak dakwaan ini kerana tiada bukti saintifik kukuh yang menyokong bahawa teknik urutan sebegini dapat menyembuhkan trauma secara fizikal atau emosi. Malah, ramai pakar menyifatkannya sebagai eksploitasi seksual terselindung.
Lebih membimbangkan, kursus ini turut menjual alat seks seperti d*ldo kepada peserta dengan alasan ‘terapi kendiri’ dan ‘kebahagiaan tanpa suami’. Konsep yang dibawa ialah, wanita boleh mencapai kenikmatan dan penyembuhan tanpa perlu bergantung pada pasangan.
Ini jelas bercanggah dengan nilai Islam dan norma masyarakat, malah membuka pintu kepada kerosakan rumah tangga dan ketagihan seksual yang tidak sihat.
*Desakan terhadap pihak berkuasa seperti JAKIM, Kementerian Pembangunan Wanita dan PDRM semakin kuat agar tindakan segera diambil untuk menyiasat dan membanteras program sebegini. JANGAN TERPENGARUH!
Baca juga: Dah Bosan Panggil Suami ‘Sayang’? Ini Nama Panggilan Manja Dalam 10 Bahasa Bikin Hati Cair!
Sumber: Threads, Facebook Masyitah Ashari
