Euforia Bola 2026
Nur

Jangan Terpedaya! Ini 22 Istilah Spiritual Yang Sebenarnya Ajaran Sesat ‘NEW AGE’, Wanita Mangsa Utama!

ajaran new age

Ajaran New Age Movement bukanlah sesuatu yang asing, bahkan sudah lama menembusi pasaran Malaysia secara halus. Namun, dengan kemunculan semula isu eHati baru-baru ini menjentik semula kesedaran tentang bahaya pengaruh ajaran ini terutama kepada golongan wanita.

Hal ini kerana ramai wanita mengikuti program motivasi dan pembangunan diri tanpa menyedari bahawa istilah-istilah yang digunakan sebenarnya bersumberkan fahaman New Age.

Baca juga: Program ‘Self Healing’ Songsang Dapat Kecaman, Ajar Isteri Puaskan Diri Sendiri & Selit Unsur Syirik!

Kenali Istilah ‘Red Flag’ Ajaran NEW AGE Dalam Kursus Motivasi, Jangan Pergi Kalau Ada!

ajaran new age

Foto hiasan.

Antara istilah yang sering digunakan (kadang kala disulami dengan nama Islamik) termasuklah:

1. Higher Self
2. Ascended Masters
3. Reincarnation
4. Karma
5. Law of Attraction
6. Divine Feminine
7. Twin Flames
8. Chakra Awakening
9. Third Eye
10. Kundalini
11. Spirit Guides
12. Akashic Records
13. Life Force Energy
14. Past Life Regression
15. Crystal Healing
16. Yoga
17. Numerology
18. Tarot Reading
19. Aura
20. Frequencies
21. Vibrational Energy
22. Istilah ‘Yoni Massage’ kini telah diubah wajah menjadi ‘Touch of Ecstasy’ — nama berubah, tetapi ajaran sama.

Kebanyakan program ini turut diselitkan suasana overstimulasi deria seperti muzik berulang, lampu terang atau terlalu malap, hingga peserta mengalami histeria, sesak nafas, menangis dan sebagainya. Ini adalah taktik untuk ‘membuka’ minda separa sedar peserta, yang kemudiannya lebih mudah menerima fahaman songsang.

Ia adalah fahaman kebatinan yang berasal daripada ajaran kuno Hindu, Buddha, Gnostik dan falsafah Yunani, lalu disusun semula oleh tokoh Barat seperti Blavatsky, Emerson dan Quimby.

Teras Ajaran:

  • Semua kehidupan berasal dari satu roh agung.
  • Roh ini dikenali sebagai Universe, Brahman, atau The Creator.
  • Setiap makhluk memiliki “roh agung” ini — semua adalah tuhan.
  • Inilah asas kepada pluralisme agama – semua agama dianggap sama, semua menuju kepada satu ‘sumber’.

Ajaran New Age semakin licik menyusup masuk, disalut dengan istilah kerohanian dan ‘zikir moden’. Antara yang semakin popular:

  • Aura-chakra
  • Zikir nafas
  • Transformasi nafas
  • NLP bercampur Reiki

“Dan janganlah kamu mencampur-adukkan yang benar dengan yang batil…”- (Surah al-Baqarah, ayat 42)

ajaran new age

Foto: MAIS

Jika anda menyertai mana-mana kursus motivasi atau healing, jangan segan untuk bertanya. Fahami maksud istilah yang digunakan sebelum terjebak lebih teruk….

Baca juga: “Suami Suka Saya Guna Mulut Atau Lidah..”- Doktor Nasihat Para Isteri Jangan Geli, Inilah Teknik Cik Abang Gila Bayang!

Sumber: Mohamad Razif, Dr.Zubaidi Hj Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×