Euforia Bola 2026
Famili

Semua Premis Perniagaan Di Kelantan WAJIB TUTUP Operasi Pada 1 Syawal, Kalau Tak Kena Denda!

1 syawal

Ini merupakan berita gembira buat warga negeri Cik Siti Wan Kembang apabila diumumkan bahawa semua premis perniagaan termasuk pasar raya, restoran makanan segera dan kedai serbaneka di Kelantan perlu menutup operasi pada 1 Syawal nanti.

Maknanya, memang satu kedai atau perniagaan pun tidak akan ada yang buka?

Baca juga: [TERKINI] Perdana Menteri Umum Penjawat Awam Dapat Duit Raya RM500, Pesara RM250

SEMUA PERNIAGAAN DI KELANTAN TIDAK AKAN BEROPERASI PADA 1 SYAWAL

1 syawal

Foto: Sinar Harian

Menurut laporan Kosmo, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, keputusan itu selaras dengan peraturan pihak berkuasa negeri mengenai penutupan operasi pada hari raya pertama bagi membolehkan pekerja yang beragama Islam menyambut Aidilfitri.

Menurutnya, justeru, kerajaan negeri berharap semua premis perniagaan dapat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Malah, jika ada majikan yang tidak berbuat demikian, anda sangat berisiko tinggi untuk dikompaun!

“Pemilik premis perniagaan boleh dikompaun sekiranya melanggar peraturan yang ditetapkan”

“Peraturan itu ditetapkan bagi membolehkan semua pekerja yang beragama Islam menyambut Aidilfitri. Ia bukan perkara baharu apabila ia sudah diamalkan oleh kerajaan negeri sejak beberapa tahun lalu,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, beberapa pihak berkuasa tempatan di Kelantan memuat naik notis pemakluman di media sosial berhubung arahan penutupan operasi semua premis perniagaan seperti pasar raya, restoran makanan segera dan kedai serbaneka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pengusaha perniagaan boleh dikenakan kompaun sehingga RM2,000 selain tindakan pendakwaan iaitu hukuman penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

1 syawal

Salah satu notis dari Majlis Daerah Tanah Merah.

*Jadi, untuk mengelakkan ‘terputus’ bekalan ais di Hari Raya pastikan buat stok banyak-banyak ya!

Baca juga: Cara Tukar Duit Raya Di Mesin ATM, Tak Sampai 10 Minit Dah Dapat Duit Baru!

Sumber: Sinar Harian (foto), Britanica (foto), Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×