Euforia Bola 2026
Famili

[TERKINI] Tarikh Sambutan Hari Raya Aidilfitri Di Malaysia Jatuh Pada 31 Mac 2025 (Isnin)

tarikh hari raya aidilfitri

Setiap tahun, saat menjelang bulan Syawal, umat Islam di seluruh dunia menantikan kehadiran bulan suci ini dengan penuh kegembiraan dan harapan selepas berpuasa dalam bulan Ramadan. Seperti biasa, satu pengumuman tarikh Hari Raya Aidilfitri 2025 yang dinantikan oleh semua umat Islam di Malaysia akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad.

Hal ini kerana, petang Ahad tadi bersamaan tanggal 30 Mac (30 Ramadan 1446H), ditetapkan sebagai tarikh melihat anak bulan Syawal.

Baca juga: Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Secara Berjemaah Atau Sendirian Dari JAKIM

TARIKH HARI RAYA AIDILFITRI 2025 JATUH PADA 31 Mac 2025

tarikh hari raya aidilfitri

Proses melihat anak bulan ini adalah untuk perisytiharan tarikh sambutan Aidilfitri umat Islam di negara ini setelah sebulan berpuasa. Maka dengan pengumuman rasmi mengenai tarikh Hari Raya 2025 oleh Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahma tadi, marilah kita semua bersiap sedia untuk menyambut bulan yang penuh keberkatan ini dengan hati yang gembira dan semangat yang tinggi.

Berdasarkan pengumuman rasmi yang telah dibuat, tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2025 adalah pada 31 Mac 2025.

Ini adalah satu berita gembira yang pasti akan disambut dengan rasa syukur dan kegembiraan oleh umat Islam di seluruh Malaysia. Dengan pengisytiharan ini, umat Islam boleh terus bergembira meraikan bersama keluarga, sanak saudara dan rakan taulan. Kalau ada yang ingin menuaikan Puasa Enam selepas Hari Raya pertama pun sangat digalakkan!

*SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN DARI SIRAP LIMAU

Baca juga: 10 Idea Pantun Raya Sebagai Ucapan & ‘Caption’ Media Sosial, Boleh Save Siap-Siap!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×