1 Syawal baru-baru ini, media sosial digemparkan dengan sebuah video tular yang sangat mendebarkan. Ia memaparkan seorang bapa dengan tenang menyambut kelahiran anaknya di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke sebuah klinik.
Berdasarkan perkongsian pengguna TikTok @ayahali9889, dia terpaksa memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan, kira-kira di Kilometer (KM) 258.1 berhampiran Tol Menora, Ipoh, Perak arah selatan, selepas isterinya mengerang kesakitan.
Baca juga: Bermula Isnin, Seramai 1,254 Mangsa Kebakaran Paip Gas Akan Terima Bantuan Tunai!
BAPA SAMBUT KELAHIRAN ANAK DALAM KERETA PADA 1 SYAWAL

Muhamad Uqbah mengendong bayinya yang baru lahir bersama isteri di hospital.
“Abang boleh sambut bayi tak?”
Menerusi video berdurasi satu minit 30 saat itu, isterinya sempat bertanya sama ada dia mampu menyambut kelahiran bayi atau tidak.
“Haaa… boleh (dalam nada panik tetapi tenang). Kejap abang cari lorong kecemasan.
“Okay, dah keluar kepala. Allahu Akbar (bayi lahir jam 7.45 pagi). ALLAH SWT beri kekuatan dan semangat. Kami sempat sampai ke klinik jam 8.10 pagi.
“Uri keluar semasa kami tiba di parkir klinik, tali pusat juga dipotong di situ. ALLAH SWT Maha Baik,” katanya menerusi perkongsian di TikTok pada Isnin yang sudah mendapat 8.6 juta tontonan.
Dalam video itu, bapa berkenaan tidak putus-putus mengucapkan syukur kerana segala urusan dipermudahkan meskipun mereka tidak sempat tiba di klinik untuk proses kelahiran.
Baca juga: Bekas Pertahanan Pahang Dapat ‘Baby’ Ramadan, Zuriat Pertama Selepas 12 Tahun!
Di ruangan komen, warganet tidak henti-henti mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan keluarga kecil tersebut.
Rata-rata mereka sebak melihat bapa kepada empat cahaya mata itu yang kekal tenang serta memberikan sokongan penuh kepada isterinya ketika berdepan situasi cemas.
Baca juga: Khas Untuk ‘First Time’ Mama, Dr. Kongsi 6 Ilmu Berguna Sewaktu Uruskan Bayi Baru Lahir!
Terkejut rambut bayi sudah kelihatan ketika isteri menahan sakit

Ketika dihubungi wartawan Sinar Harian pada Selasa, Muhamad Uqbah Md Bahari, 36, terkejut melihat rambut bayi yang sudah kelihatan ketika isteri menahan sakit hendak bersalin.
Sebaik sahaja memakir kereta, dia segera keluar untuk membantu menyambut kelahiran bayinya.
Menurutnya, hanya beberapa saat selepas itu, Isterinya Nur Azrinahanim Ramli, 37, selamat melahirkan bayi lelaki yang merupakan anak keempat mereka.
“Sebenarnya, ketika isteri dalam keadaan sakit sebelum sampai di laluan kecemasan memang rambut bayi sudah kelihatan…cuma saya tidak beritahu isteri kerana bimbang jika dia teran, bayi tiada siapa yang sambut.
“Mungkin boleh jatuh ke bawah kerusi. Apabila berhenti sahaja kereta, terus saya maklumkan sudah nampak kepala bayi. Alhamdulillah, isteri selamat melahirkan,” katanya.
Baca juga: ‘Bayi Ajaib’ Disangka Gugur! Namun, Raja Tuah Mohsin Selamat Lahir Daripada Ibu Miliki 2 Rahim
Bercerita lanjut, Muhamad Uqbah berkata, semasa kejadian dia sedang dalam perjalanan dari Gerik ke Ipoh untuk menghantar isterinya bersalin di Pusat Pakar Wanita dan Kanak-Kanak Raoofah.
“Sekitar pukul 7.43 pagi, isteri dah memberitahu sakit hendak bersalin…jadi ketika kejadian itu kami memang dalam perjalanan ke hospital.
“Sebenarnya petang satu Syawal dah boleh keluar hospital, cuma sebab isteri ada kencing manis jadi perlu pemantauan.
“Hari ini (dua Syawal) baru boleh keluar,” katanya lagi.
Dalam masa sama dia menzahirkan rasa terharu membaca komen positif yang ditinggalkan oleh pengguna media sosial.
Sehubungan itu dia mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan isteri serta anaknya.
Baca juga: 5 Tips Ibu Bekerja Pam Susu Badan Sambil Puasa, Susu ‘Maintain’ Melimpah Ruah & Badan Tak Penat!
Sumber: TikTok @ayahali9889 / Sinar Harian
FT Image: TikTok @ayahali9889 / Sinar Harian
