Euforia Bola 2026
Didik

Nak Anak Bijak Atau Hafal Semata? KP Pendidikan Ulas Sistem Peperiksaan Lahirkan Generasi ‘Burung Kakak Tua’

peperiksaan awam

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd Azam Ahmad, menegaskan bahawa cadangan untuk mengembalikan semula peperiksaan awam utama di sekolah seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) boleh menjejaskan usaha membentuk generasi pelajar yang seimbang dan holistik, bukan sekadar cemerlang di atas kertas.

Ini yang mencetuskan perdebatan apabila beliau berkata, sistem pendidikan negara kini berlandaskan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang memberi tumpuan kepada perkembangan menyeluruh murid, termasuk aspek akademik, sahsiah, nilai moral serta keseimbangan emosi.

Baca juga: “Cikgu Pun Ada Hati”- Kertas Peperiksaan English Pelajar Dapat Markah 0%, Cikgu Menangis Di Luar Kelas

Anak Zaman Kini Bakal Jadi ‘Generasi Burung Kakak Tua’ Jika Fokus Peperiksaan Awam Semata-Mata

peperiksaan awam

Foto: Kementerian Pendidikan Malaysia

“Pendidikan tidak seharusnya hanya melahirkan pelajar yang pandai menghafal, tetapi individu berakhlak, berfikir dan memahami nilai kemanusiaan,” katanya seperti dilaporkan New Straits Times.

Dr. Azam turut memberi amaran bahawa menjadikan peperiksaan sebagai ukuran utama kecerdasan hanya akan menghasilkan ‘generasi burung kakak tua’ iaitu pelajar yang menghafal tanpa memahami atau mampu mengaplikasikan ilmu dalam kehidupan sebenar.

Menurutnya, pendidikan masa kini perlu membina pelajar yang mampu berfikir secara kritikal, kreatif dan empati, terutama dalam era teknologi dan kecerdasan buatan (AI) yang semakin mencabar.

Dalam dunia moden, kemahiran berfikir dan nilai kemanusiaan jauh lebih penting daripada sekadar markah di atas kertas,” tegas beliau.

Tambah Dr. Azam, sistem berasaskan peperiksaan sering membuatkan guru dan sekolah terlalu fokus kepada keputusan, hingga mengabaikan emosi serta potensi sebenar murid. Oleh itu, pendekatan pendidikan holistik menjadi keutamaan bagi memastikan pelajar berkembang dari semua aspek iaitu akademik, sahsiah dan kemanusiaan.

Cadangan Kembalikan UPSR: Pandangan Berbeza Bekas Menteri Pendidikan

peperiksaan awam

Foto: Kosmo

Namun, tidak semua bersetuju dengan pandangan tersebut. Beberapa tokoh termasuk dua bekas Menteri Pendidikan berpendapat bahawa UPSR wajar dikembalikan bagi menilai tahap penguasaan akademik dan potensi murid dengan lebih objektif.

Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, mencadangkan agar pelaksanaan semula UPSR dipadankan dengan penggunaan data raya, jentera pembelajaran dan bantuan AI bagi menilai potensi pelajar secara lebih menyeluruh.

“Dengan data lengkap dari prasekolah hingga Tahun Enam, kita boleh menilai potensi sebenar murid. UPSR wajar dikembalikan dengan pendekatan baharu berasaskan data dan teknologi,” katanya kepada Berita Harian.

Sementara itu, Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menyokong idea tersebut dengan menegaskan perlunya satu peperiksaan nasional dalam tempoh 10 tahun pertama persekolahan.

“Pentaksiran sekolah penting, tetapi perlu ada satu peperiksaan peringkat nasional untuk menilai pencapaian dan sahsiah murid secara seimbang,” ujarnya.

Perdebatan mengenai sama ada peperiksaan awam seperti UPSR perlu dikembalikan atau tidak menggambarkan dua arah pandangan antara keperluan menilai secara formal dan keperluan membina insan seimbang. Rasanya macam tiada masalah kalau teruskan peperiksaan dan kembalikan peperiksaan besar yang lama bukan?

Baca juga: Sekolah Hebat, Anak Cemerlang! Ini Top 8 Sekolah Rendah Terbaik Malaysia Untuk Permulaan Tahun 1

Sumber: Berita Harian, Media Selangor, Kem Pendidikan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×